Memaparkan catatan dengan label Cerita Keris Laksamana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Keris Laksamana. Papar semua catatan

Selasa, 27 Disember 2011

Kasih...

Terpahatnya kisah di kala ini
Menjadikan pena rancak menari

Kasih,
Berakhir dengan airmata
Bermulanya langkah cerita
Betapa rindu itu luka
Parah menahan ombak gelora

Kasih,
Bahtera dulunya gah
Tiba-tiba tiada
Senda gurau terbina
Bikin gelak tawa

Kasih,
Kenangan itu menyusur suka
Ketiadaannya membawa berita
Terus di tutup mata
Tidak ingin di buka-buka
Di katanya...

"Biar rapat mencengkam
Tanah bertemu tanah
Menyemadikan segala rindu cinta
Dibuka hanya pandang dia
Maka, diterima segala binasa
Moga kekalnya doa
Menjadi senjata utama
Bagaikan laksamana dengan keris pusaka"

Isnin, 14 November 2011

Laksamana Hilang, Laela Syakura Datang...

Hikayat Keris Laksamana terpadam jua
Hilang gagahnya laksamana
Di buai cinta Laela Syakura

Kau datang Laela
Kau hadir Syakura
Lenyap bayang laksamana
Lari, membiarkan aku rasa cinta
Mana keris pusaka?
Laksamana habiskan cerita
Jangan dibiar ia musnah binasa

"Cukup pujangga
Hentikan kata-katanya
Jangan bikin Laela Syakura
Hilang menjadi aku tiada
Gapailah cintanya
Dakaplah kasihnya
Maka, berita kabar di bawa
Jangan biarkan dia tiada"

Laksamana, hiba kabar di bawa
Usah lenyap bersembunyi di sana
Hampirlah, bawakan rangkap bahagia
Tinggal akhir bibit-bibit bicara
Jangan kerana Laela Syakura
Kita berpisah jauh di sana

"Cukup pujangga
Jadilah sama tidak terpisah isinya
Biarpun gerak langkah berbeza
Cintanya Laela Syakura tiada duanya
Datangnya kerana rindu cinta
Datangnya kerana kau itu dia
Maka, tamatlah kisah kita"

"Jangan laksamana
Jangan melangkah ke sana
Leala datang hanya sementara
Syakura hadir membawa cinta
Rapatlah kamu berdua
Jangan di biar hilang isinya
Jika hilang, maka Laela Syakura
Turut hilang melayang songsang binasa"

Laela Syakura, jangan engkau bersuara
Aku tidak ingin kehilangan cinta terbina
Laela Syakura, jangan engkau berbicara
Aku tidak ingin kehilangan rindu di jiwa

"Maka, pilihlah mana asal datang kata
Andai kau pilih laksamana
Maka, lenyaplah Laela Syakura
Andi kau pilih cinta
Maka, lenyaplah Hikayat Keris Laksamana"

Selasa, 8 November 2011

Ada Mahupun Tiada (Cerita Keris Laksamana 46)

Hujan masih berderai airmata
Temenung laksamana
Melihat akan di sana
Apa kabar akan di bawa?
Merana mahupun bahagia
Maka dia bersuara
Bertanya-tanya pada pujangga

"Entahkan ada entahkan tiada
Hanya di beri keris pusaka
Melangkah berjuang menuntut bela
Rebah usah di cerita
Berawang-awang di minda
Jika ada kabarkan segera
Mana mentera penghapus segala?"

Pujangga, Pemula tiada bertentang mata
Melihatkan isi bicara ada didalamnya
Ingin bersuara
Sendiri bingung akan kabar di bawa
Entahkan ada entahkan tiada

"Dengarkan bacanya
Bangkit bangun putaran dunia
Rapat jangan biar beza
Satu dua tiga tiada
Atas bawah semua sama
Langit tinggi tanah rata
Tengahnya kosong hilang tiada
Angin datang buka mata
Lihat sekeliling gelap gelita
Itulah dia, dia ada
Jangan dibaca keluar suara
Walau diluar mahupun dalamnya"
Pujangga membacakan mentera
Laksamana Tunawisama

"Apa yang ada
Apa yang tiada
Mengapa seringkali ayahanda
Membaca akannya
Tertutup mata itu juga di lafaskannya
Sedang aku tidak memahami akan bacanya"

"Sabarlah laksamana
Esok lusa, satu masa
Pasti engkau akan faham akannya"
Ujar Pemula tiada

"Lihat di sana
Lautan bergelora
Ribut melanda
Ada juga batera
Berani merentasnya
Tidak terlintas akan merana
Sangup meredah apa sahaja
Asal keinginannya beroleh bahagia
Dia punya kehendak, punya rasa
Biarkan, jangan ditahan-tahan akannya
Pasti satu masa akan berhenti bahteranya
Berhentinya terpejam mata lena"
Pujangga mengolah bahasa

"Sampai bila
Harus aku menunggu kisahnya
Sampai bila
Aku mengerti akan bacanya
Sampai bila
Ujarkan pada hamba"

"Sampai engkau punya rasa tiada
Melihat segalanya
Punya kisah hanya dia
Dia punya kisah segala-galanya
Kau akan mengerti akan bacanya
Selagi engkau punya rasa
Ingin menakluk segala yang ada
Maka hentikan akan bacanya"

Rabu, 2 November 2011

Pergi Jadi Tiada (Cerita Keris Laksamana 45)

Tiba-tiba hujan berderai airmata
Terhentilah kisah-kisah lama
Diam bicara Pemula Tiada
Mengakhiri kabar dia menjadi laksamana

"Benarkah Tunawisama telah tiada
Hebat bukan calang tandingnya
Keris sahaja bergerak sendiri merobek dada
Masakan dia pergi begitu sahaja
Aku seakan tidak percaya dia tiada"
Pemula Tiada membuka soal setelah diamnya lama...

"Sekali lagi kau kata dia tiada
Hilang kepala aku cantas juga
Tidak akan hilang namanya
Dia masih gagah berbicara
Biarpun wajahnya entah dimana
Tetap akan dengar suaranya"
Pujangga merenung tajam mata...

"Aku mengerti kabar berita
Usahlah kau berkeras jiwa
Dia sudah tiada
Untuk apa diheboh-hebohkan cerita
Yang ada, tidak pula kau dengar suara"

"Cis! tidak sayang mulut agaknya
Sudahlah buta, kata sedep rasa sahaja
Adakah kau ingin menjamah keris lama?"

"Tidak aku sangka
Pujangga sudah gila
Sudahkah kau lupa
Keris pusaka Huwa Huma
Ada di sini, rapatlah jika berani?
Biarpun aku buta, langkahku masih ada"

"Tahukah kau gunakannya?
Andai aku petik lagu-lagu cinta
Dia akan kenal mana tuannya
Sudahkah lupa itu keris siapa?"

"Itukah hajat engkau ke mari?
Sudah puas melanggar ombak samudera
Adakah engkau telah jumpa?
Syukur Alhamdulillah, cukupkan barisannya"
Gelak kuat tawa Pemula Tiada...

"Hanya dia akan pergi mengalahkan Gagak Satu Mata
Biarlah dia menjadi kepala
Kita sudah tua, keringat tiada
Jadi badan, jadi kaki cukuplah jua
Hendak besar-besar sudah tidak larat mengangatnya"

Laksamana mencelah bicara...
"Apa hanya aku sahaja
Bacanya belum cukup sempurna
Sudah dihantar terus ke sana
Maka, aku akan tiada"

"Itu niatnya kita
Andai genggam sahaja
Tidak berani melangkah ke sana
Apalah guna sekadar bicara
Kata laksamana, langkah kaki pergi jadi tiada"
Kedua-dua gerak serentak berkata...

Isnin, 13 Jun 2011

Laksamana Menjadi Pujangga... (Cerita Keris Laksamana 44)

hilang sudah Gagak Satu Mata
kini timbul pula akan berita
Laksamana Laad'a Wuju'la
akan bukan lagi laksamana
maka hilanglah tinggallah berdua
katanya Laksamana Tunawisama...

"Mengapa kabar ini dibawa
Cukuplah jangan bergurau senda
Jika begini akannya berita
Maka apa akan jadinya laksamana"

"Biarlah hamba meredah gelora
Bukan lagi sebagai laksamana
Puas sudah diteroka akan mentera
Tetap jua tidak kunjung tiba
Maka hendaknya jadi pujangga
Dibaca akan kisah dongeng dahulukala
Agar keluar akan Keris Sutamestada
Moga dengan itu berakhirlah cerita"
terang Laksamana Laad'a Wuju'la...

"Jika begitu gerangannya berita
Maka tiadalah apa hendak dikata
Terima terbuka segala diberinya
Laksamana jadilah pujangga
Maka dengan itu beroleh rasa
Keluarkan Keris Sutamestada
Seperti ceritanya
Satu keris tertanam didada
Maka carilah akan benarnya cerita"
kata Laksamana Pemula Tiada...

Laksamana Laad'a Wuju'la
menyerahkan keris pusaka
kepada Laksamana Pemula Tiada
sedih diraut rupa melepaskan kerisnya
namun itulah harus dilepaskannya
ingin jadi pujangga
maka keris harus ditinggalkannya

"Ini Keris Huwa Huma
Maka simpankanlah jadi pusaka
Hamba akan datang disana
Mengambilnya semula
Andai sudah terima berita"

"Hamba ada berita
Maka hamba tiada mata, buta
Makanya sampai disini sahaja
Perjalanan menjadi laksamana
Jika masih menunjuk kerisnya
Maka menyusahkan sekalian yang ada"

Jelma Cahaya Hilang Gagak Satu Mata... (Cerita Keris Laksamana 43)

sudah sekian lama gelanggang dibina
rebah tidak juga Gagak Satu Mata
puas keris pusaka berbicara
tetap ceritanya sama
tetap ingin adanya dia
berkatalah Laksamana Pemula Tiada...

"Buta mata dilihatnya tiada
Gelap dirasa bagaikan cahaya
Cuma itu dilihat adanya
Maka jadilah cahaya
Terasa bagai ada
Pancaran sinar disana
Mungkin mendung sudah pulang jua
Keluar menjelmalah cahaya"

panas matahari mula membara
terbakarlah jasad-jasad durjana
keramatnya Gagak Satu Mata
jangan kena pada cahaya
jika kena pasti binasa
maka katanya Gagak Satu Mata...

"Bersyukur hendaknya apa yang tiba
Jika tidak kerana cahaya
Pasti hilang isi-isi di dada
Diratah mentah disiat lumat kulitnya
Ingat belum berakhir akan kisahnya
Tunggu tiba pasti kalian binasa"


gelak kuat tawanya durjana
hilang ghaib ilmunya dia
dicari-carilah tiga laksamana
semua hilang tidak sempat dibaca
katanya Laksamana Tunawisama...

"Mujur cahaya menjelma
Jika tiada maka binasa
Dapatlah tidur dengan lena
Esok jika gerangannya tiba
Pasti akan disiapkan penuh mentera"


Laksamana Laad'a Wuju'la bersuara...
"Hilangnya dia hilanglah hamba
Keringat dibawa suram duka
Tidaklah mampu menahan rasa
Jika begini akan cerita
Hamba bukan lagi laksamana"

Khamis, 9 Jun 2011

Mulanya Cerita Dahulukala (Cerita Keris Laksamana 42)

tidak juga rebah Gagak Satu Mata
sudah habis ikhtiar akalnya laksamana
keris pusaka penuh dengan luka
rebah durjana semakin bertambah pula
dari satu menjadi sepuluh gerangannya
kusut tidak terkata

"Terangnya cahaya tetap buta
Tidak dilihat apa adanya
Tiada itu menjadi ada
Cerita dongeng dahulu kala
Menjadi nyata akhirnya
Inikah gerangan lagendanya berita
Hendak dimusnahkan buka dada
Hunuskan keris sama-sama"
kata Laksamana Pemula Tiada...

"Laksamana usah bermuram duka
Keris pusaka masih ada
Gerak langkah sama-sama
Pijak tanah sama rasa
Satukan semua percaya adanya
Pasti hilang akan menjelma
Cuma masa belum tiba
Sabarlah hendaknya menahan seksa"
katanya Laksamana Laad'a Wuju'la...

Keris Huwa Huma telah jatuh ketangan durjana
tiada apa dipegangnya Laksamana Laad'a Wuju'la
namun semangat masih tetap utuh adanya
menyerah tidak pernah dilafazkan kata
hanya serah kepada jalanNya, Allah Maha Esa
moga datangnya cahaya pembuka bahagia

"Ceritanya dongeng dahulukala
Mengalahkan durjana perlu ada
Satu keris tertanam didada
Manakan bisa jumpa
Keris sedemikian rupa
Andai ada kabarkan segera
Cari sama-sama
Pasti ada di dalam dada
Renungkan mata kasi masuk dalamnya
Jika benar akan ceritanya
Maka berolehlah Keris Sutamestada
Cerita kerisnya pusaka laksamana"

kata Laksamana Tunawisama
membuka cerita dahulukala


Rabu, 8 Jun 2011

Tidak Juga Rebah (Cerita Keris Laksamana 41)

adanya pertempuran masih menyapa
keris lembing tombak panah riuh bersuara
berbunyi asyik menumpahkan darah luka
masih kekal berpijak tiga laksamana
tidak sekali lari membungkus nyawa

"Sudah tiba masa
Gelap bertukar cahaya
Malam gelita tiba-tiba tiada
Cerah sinaran membuka
Akan bacanya
Setiap apa berita
Pasti ada akhirnya"
kata Laksamana Tunawisama...

mengangguk setuju Laksamana Pemula Tiada
walau tidak dilihatnya
namun difahami akan terangnya kata
gelap terpejam mata dirasa
ada sinar cahaya membuka
katanya...

"Sampai jua cahaya
Tidaklah masih bermandi luka
Merasa darah mengalir ke muka
Mengena dada bisa rasanya
Masih ada syukur hendaknya
Jika tiada itu mulanya"

"Sudah siapkah akan bacanya
Lihat langit mengeluarkan cahaya
Apa ditunggu siapkan tiada
Pergi melangkah memulangkan senjata
Rebah atau bangun itukan cerita
Usah ditunggu akhirnya sama
Tiada gerak tiada mula
Tiada awal tiada akhirnya"

Laksamana Laad'a Wuju'la
Bangkit menuju menikam durjana
Langkahnya songsang namun mengena
Terpelanting Keras Huwa Huma
Jatuh tepat dikepala Gagak Satu Mata
Jika rebah tiadalah cerita

Selasa, 31 Mei 2011

Menunggu Tiba Cahaya... (Cerita Keris Laksamana 40)

punah harapan Laksamana Tunawisama
bangit jua Gagak Satu Mata
walau acapkali Keris Darah Dahaga
Singgah didada
tentera durjana telah rebah bangun semula
tiada daya kudrat laksamana bertiga
katanya Laksamana Tunawisama...

"Jika begini dilihat cuma
Tiada apa perlu dikata
Serahkan nyawa
Pasti, pasti jalannya bahagia"

"Jangan bermuram duka
Andai serah sebegitu sahaja
Umpama perjuangan tiada
Pasti akan ada jalannya
Lihat di sana
Bulan semakin hilang tiada
Matahari pula muncul menjelma
Itu membawa kabar petanda
siapkan mentera terakhir laksamana"
pesan Laksamana Laad'a Wuju'la...

Laksamana Pemula Tiada
Mengangguk cuma
Hendak melihat mata tiada
Tertutup rapat gelap gelita

"Turun naik angkat tiada
Selam timbul penuh berita
Kabarkan pada sekian alam adanya
Muncul sinar membawa cahaya
Manakan bisa dilawan durjana
Kalimat keramat berkurun lama
Mentera laksamana dibaca
Naik turun sama
Selam timbul sama
Tetap berakhir tiada
Suara tidak bersuara
Kata tidak berkata
Dalam luar sama
Sama-sama tiada"

jerit semangat tiga laksamana
menunggu tiba datangnya cahaya

Ahad, 29 Mei 2011

Berita Lama Diceritakan... (Cerita Keris Laksamana 39)

"Benarkah Keris Darah Dahaga
Mengena Gagak Satu mata"
tanya Laksamana Nirdawama
penuh khusyuk mendengar berita

"Adanya kena pada dada
Namun tidak rebah mahupun seksa
Mentera Gagak Satu Mata
Serangan biasa tidak mampu melepasinya"
Kata pujangga sambil menggeleng kepala...

"Jika begitu adanya berita
Bagaimana kalian bisa ada
Terselamat dari bahana didepan mata
Larikah atau bersembunyi dimana-mana"
menyoal lagi Laksamana Nirdawama...

"Sembunyi tetap nyata
Lari tetap dilihatnya
Dikepung dimerata-rata
Lubang semut kecil luas terbuka
Gelap gelita dipasang cahaya
Nampaklah walau dimana jua
Hendak lari, hendak sembunyi, hampa
Walau bagai gelora penuh seksa
Tetap gagah langkah laksamana
Berpusing songsang tidak akan diminta"
terang Laksamana Pemula Tiada
sambil diraba-raba mencari keris pusaka

"Bagaimana kalian tiga laksamana
Lepas dari cengkaman Gagak Satu Mata
Bukankah mustahil bulatan padat terbuka
Kalian pula bisa menewaskan semua"

Sabtu, 28 Mei 2011

Tari Laksamana Semakin Mengena... (Cerita Keris Laksamana 38)

tetap tidak berganjak larinya

dihunuskan acapkali ke durjana

Keris Kurauf Awwada

bersama Keris Merantai Buta

digenggam semat tidak ditanggalkannya

semangat membara biar adanya buta

Laksamana Pemula Tiada

katanya...


"Dikiri adanya dia

Dikanan adanya dia

Dimana-mana adanya dia

Walau banyak adanya dia

Akhirnya tetapkan tiada

tidak terlihat itulah ada

yang dilihat pasti binasa

pandukan tuju mana durjana

butanya pada mata

tidakkah keris punya mata"


libasan tanpa arah sentiasa mengena

hikayat turun temurun keturunan laksamana

dibuka bertubi-tubi dalam dada

mengeluarkan isi-isi menyimpul makna

terucap kata bersuara Laksamana Tunawisama


"Biar buta pada mata

Lihatkan pada dunia

Mana tempatnya ada

Lihat, kata tidak buta

Rebah jua akhirnya tiada

Kata ada, mengapa tiada

Kata tiada, mengapa ada

Butanya mata hanya cerita

Bila gelap gelita sentiasa ada

Pasti dilihat adanya dia"


dipegangnya tangan Laksamana Pemula Tiada

dibawa elak tombak menerpa

tipis mengena kaki laksamana

tiba pula Panah Api Nabaruda

jampinya Gagak Satu Mata

Laksamana Laad'a Wuju'la muncul menahan dada

jeritlah laksamana menahan seksa

katanya...


"Rebah didunia tidak ada apa

Baranya api hanya seketika

Esokkan lenyap tiada

Ditahan apinya bukan perkasa

Cuma memandu sahabat yang buta

Tidak daya menahan hiba

Dua telah lama tiada

Beginikah khabar kesudahannya

Semua ada berakhir tiada"


melutut Laksamana Laad'a Wuju'la

mengusap keras luka didada

datang pula Tombak Siketa Musahak

pusakanya Gagak Satu Mata

melihat tombak hampir mengena

melompat Laksamana Tunawisama

mengenggam semat Keris Darah Dahaga

dipatahkan serangan mengunakan tari laksamana


kaki kiri dirapat ke dada

tangan kanan mencapai Laksamana Laad'a Wuju'la

keris pusaka yang digenggam di tangan kanannya

sudah lama terbenam di dada Gagak Satu Mata

Butanya Mata Laksamana Pemula Tiada... (Cerita Keris Laksamana 37)

cerita berdarah luka
parah mata tidak melihat buta
meraba-raba menangkap bayang tiba
disentuh tetap tidak mengena
katanya Laksamana Pemula Tiada...

"Apakah gelap dirasa cahaya
Dilihat adanya gelita
Pekat hitam warna
Sakit tidak dirasa
Andai penuh semangat warna
Pegangkan keris pusaka
Berikan arah pandunya
Akan terhapus durjana
Bukan mata melihatnya
Hati teguh mengatakan
Itu dia"

Laksamana Laad'a Wuju'la
menjadi pandu arah kepada
Laksamana Pemula Tiada
dikatakan lurus jangan belok ke sana
dengarlah bicara terus menerpa
dihenjutkan keris tepat ke durjana
rebah sekali dua
terkena tikaman dua keris pusaka

Khamis, 26 Mei 2011

Keris Tiga Laksamana Berbicara... (Cerita Keris Laksamana 36)

rebah mati Laksamana Wa'risawala
namun semangatnya
tetap utuh di hati tiga laksamana
yang masih tinggal ada, adanya
berdetap detup nadi berbunyi membara
bergelodak bagai lautan api gelora
katanya Laksamana Tunawisama...

"Ada pun permergiannya hiba
Tiada dada malah berderai isinya
Tetap akan dikata
Perginya membawa berita
Mengajar ertinya setia
Pada kata tersemat didada
Sanggup terkorban semata-mata
Mencari tiada"

rupanya Laksamana Laad'a Wuju'la
muram bersahaja
pedih hati tidak terkira
perginya Laksamana Wa'risawala
amat dirasa
katanya...

"Pernah dulu keris berbicara
Mana dulu hadirnya tiada
Sejak itu bersama meredah gelora
Tidak gentar pada badai menimpa
Dan kini berakhirnya tiada
Tunggukan pasti berjumpa
Sama-sama lagi tiada"

tidak berkata Laksamana Pemula Tiada
hanya Keris Kurauf Awwada
bersama Keris Merantai Buta
menjadi pembuka bicara

digagahkan kaki melangkah menerpa
disambarnya Gagak Satu Mata
keris dilibas sekuat tenaga
sempat dielak berulang kalinya
dibacakan mentera
namun hampa tidak menjadi jua
sia-sia penumbuk mengena

tanpa diduga
dua anak panah menghampiri mata
junam tepat berdarah, butalah mata

Rabu, 25 Mei 2011

Matinya Laksamana Wa'risawala... (Cerita Keris Laksamana 35)

percikan bara api Keris Wa'kuada Wa'kufana

mengena ratusan tentera durjana

rebah setiap satu mencium tanah rata

membara semangat Laksamana Wa'risawala

tidaklah rupa menunjukkan hampa, takut binasa

katanya...


"Ingin sembunyi dimana

Dalam terang dalam gelita

Ada cahaya pasti terang jelma

Musnah rupa berganti tiada

Jangan berkata hebat belaka

Larilah dimana tetap sama"


Laksamana Wa'risawala sudah menjangka

diambilnya pusaka sekian lama terikat didada

adanya kemas dibelakangnya Gagak Satu Mata

dijolokkan Lembing Wa'masur Tana tidak mengena

dipatahkan mudah dengan sikunya durjana

patahlah lembing pusaka Laksamana Wa'risawala


"Tidak pernah hilangnya pusaka

Apakah gerangan yang tiba

Mudah menghancurkan badai gelora

Sekelip mata berubah warna

Dari putih menjadi gelita

Dari gelita teruslah tiada

Biarlah pergi adanya pusaka

Aman sentosa jadi tiada

Keris Wa'kuada Wa'kufana

Jadilah engkau semangat tiba

Yang ada menjadi tiada

Yang tiada pastikan ada

Terang langit putih berwarna

Bagai kabar pergi kesana

Pastikan aku tiada dijiwa

Andai ada ingatlah dia"


berlari Laksamana Pemula Tiada

ingin dibantunya laksamana Wa'risawala

tidak sempat keris berbicara

hilang lenyap dalamnya dada

pecah berderai keluarlah isi-isinya

tanpa rahsia adanya cerita

musnah dijamah durjana tanpa rasa


Keris Wa'kuada Wa'kufana

Terbang melayang memercikkan api bara

Itulah terakhir dilihatnya berita

Semangat Mula Tiba... (cerita keris laksamana 34)

adanya permergian Laksamana Kuqud'us Zaq membawa hiba

meratap sedihlah empat permuda

Laksamana Wa'risawala menahan bara

digenggamnya Keris Wa'kuada Wa'kufana

dan berkatalah dia...


"Tidak akan dibiar sahaja

Walau sekali badai gelora membawa berita

Duka, merana, biarkan itu hanya cerita

Ingat kata ini wahai durjana

Matinya aku matilah semua"


melangkah laju menghampiri durjana

dilontarnya keris mencecah langit berwarna

turunlah rintik halus berhujan api bara

bagaikan dongeng dahulu kala adanya cerita

Laksamana Pemula Tiada melihat cuma

katanya...


"Sudah mula akan bacanya mentera

Siap sedia gerangannya laksamana

Maju, katakan pasti bahagia

Gerak dia, Satu, dua, tiga pasti binasa

Ingat dia, bukan hanya berkata sahaja

Diam, diam menuju akan matinya

Geraklah menghampiri tiada

Pasti, pastikan bahagia"


Keris Merantai Buta memercikkan cahaya

cahaya indah seharum bunga

tiba kini giliran Laksamana Tunawisama

dibacanya akan mentera


"Bacakan jadilah laksamana

Bangkit bangun putaran dunia

Rapat jangan biar beza

Satu dua tiga tiada

Atas bawah semua sama

Langit tinggi tanah rata

Tengahnya kosong hilang tiada

Angin datang buka mata

Lihat sekeliling gelap gelita

Itulah dia, dia ada

Jangan dibaca keluar suara

Walau diluar mahupun dalamnya"


langit mendung tanpa diduga

kilat menyambung memanggil hujan tiba

rintik merah mengena Keris Darah Dahaga

berbunyi kencang bersuaralah kerisnya

mematikan gerak adanya durjana


"Laungan kata semangat tiba

Andai terbelah dada hilang jiwa

Tidak pernah akan kesal dirasa

Hadir ke sini sememangnya

Menempah akan kuburnya

Rasa telah lama tersedia

Cuma gerak berkata tiada

Tiadalah aku menatap hiba

Andai mati penamat cerita"


kata Laksamana Laad'a Wuju'la

mengangkat Keris Huwa Huma

mulut terkumat-kamit membaca mentera

lantas mencium keluarlah cahaya

pembakar semangat didalam dada


"Katakan andai ini jalan bahagia

Tidak akan mundur merangkak larinya

Inilah jalan pasti bahagia

Mencari tempat tidur untuk selama"

Jerit setiap laksamana bersama...

Selasa, 24 Mei 2011

Lima Laksamana... (cerita keris laksamana 33)

adanya dahulu terbentang gelanggang dibina
pergilah lima pemuda gagah perkasa
menjatuhkan gerangan nama
Gagak Satu Mata
namun tidak diduga
semakin melimpah balai tenteranya
seribu, dua ribu, lagi banyak dari ada
berkatalah Laksamana Tunawisama...

"Mengapa raja menurunkan sedemikian rupa
Laksamana pula perlu memeranginya
Hampalah dada terbelah jiwa raga
Hilang tidak akan kembali jua"

resah Laksamana Tunawisama
mengigil lutut tangan kaki dada
namun ditahan Laksamana Laad'a Wuju'la
dan berkata...

"Andai ada mentera
Semangat pasti dibuka
Mengapa dibina gelanggang didepan mata
Raja perintah turun menentangnya
Jika tiada durjana
Tiadalah gelaran laksamana
Selagi nama laksamana
Jangan lari pasti binasa"

sambungnya pula

Laksamana Pemula Tiada...


"Benar akan setiap dibawa
Adanya durjana adanya laksamana
Tidak terpisah sekata rata
Kukuhkan tali saudaranya kita
Tewaskan musuh sama-sama
Andai berpecah seperti kata laksamana
Binasa"

diam cuma Laksamana Tunawisama
dibacanya akan mentera laksamana
Laksamana Kuqud'us Zaq sudah siap sedia
bersuaralah dia...

"Biarlah langkah pergi menerpa
Melihatkan kencangnya keris bicara
Andai rebah tidak bersuara
Katakan pada raja
Sebenar-benar ingin tiada
Inilah gelanggang pembuka bahagia"

tidak sempat Laksamana Wa'risawala menahannya
kencang Laksamana Kuqud'us Zaq menerkam durjana
libasan demi libasan mengena tentera
rebahlah satu persatu tanpa sempat menutup mata

"Genap seratus rebah ke dunia
Katakan pada raja
Kentalnya beradu tiada apa
Tidak gerak tangan kepala
Bergerak itu pasti dia
Genapnya seratus rebah ke dunia
Satu itu pastilah dia"

rebah Laksamana Kuqud'us Zaq berdarah kepala
sempat dibaling kerisnya
keris dipanggil Keris Kurauf Awwada
kearah Laksamana Pemula Tiada

"Simpankan buat pusaka
Katakan pada anak-anak muda
Matinya aku kerana dia
Supaya hidupnya tanpa durjana
Agar bahagia hendaknya dunia
Tanpa durjana, itu doa..."

tidak sempat menyusun kata
kepalanya melayang dicantas durjana

Isnin, 23 Mei 2011

Pertemuan Sahabat Lama... (cerita keris laksamana 32)

tempat dituju sampai akhirnya
berjumpalah pujangga dengan sahabat lama
Laksamana Pemula Tiada itu gerangan nama
memegang Keris Pusaka
dipanggilnya Keris Huwa Huma
katanya Laksamana Pemula Tiada...

"Bulan purnama hilang rupa
Timbul pula gerangan laksamana
Sudah siapkah mentera
Atau masih mencari dimana
Katakan sahaja tiada
Sudah mudah pejam mata
Tidak usah bertarung keris bicara"


diam sebentar Laksamana Pemula Tiada
disambungnya bicara...

"Laksamana Laad'a Wuju'la
Siapakah yang dibawa
Adakah gerangan ayahandanya
Laksamana Tunawisama"


terukir senyuman diwajah pujangga
namun tidak gerangan Laksamana Nirdawama
dilihatnya Laksamana Pemula Tiada tanpa mata
kaku kakinya melangkah mengolah bahasa
katanya Laksamana Nirdawama...

"Bagaimana tahu apa gerangan nama
Sedang tidak terdengar bisikkan tapak mengena
Lagilah melihat dimalam gelap gelita
Tanpa bersapa sudah tahu rupa
Tak perlulah berkata-kata
Sudah tahu akan rancaknya
Pertarungan keris bicara"


"Laksamana Nirdawama
Jangan mengolah bahasa terlalu muda
Nanti tiba masa kala tua
Berkata pula inikah gerangannya nama
Mati jua akhirnya"

Berhenti Di Pulau Umina... (cerita keris laksamana 31)

malam gelita berbulan purnama
meredah bahtera Liefde Maitasuna
didaerah pulau dipanggil Umina
beradulah keris menyusun bicara
katanya laksamana...

"Sudah sampaikah pujangga
Inikah pulau dipanggil Umina
Apakah gerangan ada disana
Sedang lihatnya hanya gelita
Akankah diredah belantara
Akhirnya bertemu tetap tiada"

pujangga diam tidak bersuara
diasah tajam Keris Nirmata
mengunakan Limau Mantera Musta
pemberian Laksamana Tunawisama
katanya pujangga...

"Alang-alang distinasi sama
Berikanlah waktu bersemuka
Keris Nirmata ingin berbicara
Pada teman di Pulau Umina
Katanya dulu andai sampai tiba
Jangan lupa siapkan mentera
Lihat apa gerangan dibawa
Tiada atau ada"

tunduk akur laksamana
rupanya pujangga ada tujuannya
beradu tenaga dengan teman lama
pasti bukan berkata kosong belaka
katanya laksamana...

"Dalam pujangga masih laksamana
Dua-dua ada tersimpan didada
Bukan calang-calang gerangan rupa
Mampu dibuka mampu dipadam sekelip mata"

"Pujangga tetap pujangga
Laksamana tetap laksamana
Andai dua pasti binasa
Tiada apa pada gerangan rupa
Sekelip mata hilang tiada
Bagai malam gelap gelita
Kata nampak rupa tiada"

turun pujangga dari bahtera
mengikut sama langkahnya laksamana
berangkat bertemu sahabat lama
membina gelanggang keris bicara

Ahad, 22 Mei 2011

Bicara Laksamana Pujangga... (cerita keris laksamana 30)

laksamana diam tidak berkata
mendengar kabar berita pujangga
ingin diluah tidak sampai rasa
masih menunggu cerita tiba
katanya pujangga...

"Katakan rindu sentiasa ada
Pasti sampai penghujung jalannya
Andai sampai patahlah semula
Lihat ada hilang entah kemana
Yang tiada menjadi ada"


resah laksamana mencari makna
jauh pujangga melakar membikin kata
menyusur arus lautan berombak gelora
semata mata ingin berbicara tiada
berkatalah laksamana...

"Tidak ditahu didepan mata
Sudah terbentang sekian lama
Adanya lihat itulah dia
Namun gerangan masih tertanya-tanya
Andai punya berita kabarkan segera
Tidaklah resah bermain diminda"

"Hendak dikatakan tiada
Sememangnya sudah lama ada
Hendak dikatakan ada
Meredah gelora mencari dimana
Laksamana jadilah laksamana
Gunakan keris bukannya kata"


diamlah laksamana mendengar berita
sudah terang bicaranya pujangga
jika laksamana gunalah keris bukannya kata
jika pujangga buang keris susunlah sekata
biar penuh beza namun tuju sama

Cerita Laksamana Dahulu Kala... (cerita keris laksamana 29)

gagah perkasa laksamana guna Keris Huwa Huma
ithnayn katanya berbeza tetaplah suara waahid sama
waahid, ithnayn, thalaathah menjadi miyah akhirnya
Huwa Huma waahid ana, sama
tiada beza biar sebanyak miyat alf akhirnya
gabung semua menjadi tiada
Keris Huwa Huma gelaran nama
berkatalah laksamana...

"Waahid, ithnayn, thalaathah binasa
Walau sittah, sab'ah, thamaniyah banyaknya
Sekali lafaz pasti hilang jua
Huwa anta nahnu ana, sama
Gengam biar tiada
Jangan dibiar tis'iin semata
Carilah waahid gelaran nama ada
Cukuplah bilangan miyah tiada"


bergetar laksamana mengenggam Keris Huwa Huma
dibalingnya tepat mengena dada durjana
rebah terus tidak terbuka mata
diakhiri baca
Allahus samad Ali As Madat itu sahaja
bacanya laksamana