Memaparkan catatan dengan label Cerita Si Gila Si Bodoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Si Gila Si Bodoh. Papar semua catatan

Isnin, 16 Januari 2012

Si Gila Dengan BMWnya...

sudah lama tidak bercerita mengenai gila, dan begitu lama juga tidak berjumpa dengan orang gila, maklum sahajalah sibuk dengan urusan dunia, tiada masa mengenguk sahabat-sahabat di sana, tidak jumpa bukan bermakna tidak ingat, itu juga mengingatkan kisah sesuatu ketika...

"Lama tak nampak?" soal si gila pada aku.

"Siapa suruh kau tak nampak?" aku menyoal semula.

"Nak nampak macam mana pakai spek hitam." sambil menarik cermin matanya. "Barulah nampak. Kau rupanya, aku ingatkan org gila mana tadi. ko ada bawak kereta BMW aku? lama aku tunggu."

"Kau tak kabar, macam mana aku nak bawa." perli aku.

"Kan aku dah suruh kau pergi polish. Ini mesti kau perhabiskan duit yang aku bagi. Tak baik tau kau buat macam ini. Allah marah."

"Laaa... aku ingat, kau suruh hantar pergi balai polis."

"Polis kata apa?" dia menyoal aku.

"Kau jangan buat aku peninglah." aku mengaru kepala. Berpusing akal melayan si gila.

"Baru tanya dah pening, belum soal lagi?"

aku diam sementara waktu. melihat sahaja kerenah sahabat lama. tak lama sesudah itu aku mula bersuara.

"Kau ada cerita, biasalah aku kalau datang mesti nak dengar cerita kau." aku menepuk bahunya.

"Kau jangan nak meraba aku. Dosa."

"bila masa aku meraba ko? aku cuit je."

"cuit tak apa... kau nak ceritakan, aku memang simpankan untuk kau ini."

"Apa dia, ceritalah."

dia mengeluarkan kertas di poket seluar.

"Macam ini ceritanya... semalam aku keluar sahaja nak jalan-jalan, bosanlah duduk sini. tengah laju aku bawa kereta, jalan punya jalan. aku nampak pempuan lawa. cun gila, kalah orang gila. aku tanyalah dia, nak pergi mana. dia diam. aku tanya lagi, nak naik BMW tak. dia diam lagi. aku tanyalah lagi, bisu ke. dia jawap. kalau bisu taklah bersuara. aku tanya lagi, kalau macam itu kenapa diam. dia jawap, diam itu lebih baik dari berkata-kata. macam itulah ceritanya."

"apa motif kau cerita benda ini?" aku dah lama mengaru kepala.

"betullah."

"Apa yang betul tiba-tiba ini?" makin pening aku di buatnya.

"masa dah tamat, aku nak pergi motivasi ini. karang lambat, kena marah."

macam lipas kudung dia lari. tak sampai sepuluh langkah aku gerak. dia datang balik.

"kau nak apa?"

"aku nak mintak tolong ini?"

"tolong ape?"

"parkingkan BMW aku."

"Kau kan tengah bawa ini." sambil tunjukkan stering kereta yang dia tengah pegang.

"aku nak bagilah ini, kalau aku bawa masuk dalam itu, nanti orang kata aku gila."

"Yelah, bak sini."

"Kasi basuh, polish sekali... terima kasih dan jumpa lagi... Assalammualaikum."

aku senyum sahaja. melihatkan gelagat dia. nak buat macam mana. sudah itu yang difikirkan terbaik untuk dirinya. Waalaikumsalam. aku jawap dalam hati.

-tamat-

Rabu, 28 Disember 2011

Andai? masih punya ragu-ragunya...

Dalam percintaan aku
Kaulah paling payah untuk aku
Saban masa lihat bulan berwajahmu
Bikin aku rindu

Bukanlah aku gila
Pada bayang-bayang jelma
Cuma masa terlalu panjang berjela
Sesaat aku rasakan bagai bertahun lama
Bagaimana untuk aku lepaskan cinta?

Mungkin untuk selama lama
Aku menjadi gila menahan rindu cinta
Menyusun rangkap madah setia
Andai itu menjadi penguat jiwa
Andai? masih punya ragu-ragunya

Bukanlah aku gila
Siapa ingin mengaku gila?
Bagaimana ingin aku berkata?
Andai itu semua tiada
Andai? masih punya ragu-ragunya

Maka, tenunglah
Buang segala resah gelisah
Jangan dibiarkan semakin parah
Dan katakanlah
Mengikut susunan kalimah
Tidak mungkin gundah itu menerjah

Isnin, 21 November 2011

Jawapan Tetap Sama...

kadang-kadang tertanya-tanya,
namun diam kembali
bila resah melanda di bicara lagi
biarpun suara terkatup
lemah lidah memutar kata
tetap di tuju setiap soalan melanda
biarpun tahu, jawapan tetap sama

pahit manis di redah
biar parah, luka berdarah
walaupun tahu, jawapan tetap sama
di panjatnya gunung-gunung tinggi
sengaja dilakukan agar tidak alpa
selalu turun naik menjadi selesa
tidak penat melanda jiwa

bila di kata gila
senyum itu menyapa
bila di kata bodoh
ketawa suka menerjah
tidak pula marah melanda
atau benci kelihatan dimuka
kerana tahu, jawapan tetap sama

Jumaat, 18 November 2011

Hujan Di Hari ini...

Hujan menitis, gugur
Sama, sama pada masa itu
Namun bukan hujan mengalir
Airmataku turun laju

Dia datang menerpa
Biarpun dia hanya gila
Melambai-lambai berkata-kata
"Aku ingin bersalam,
sudah lama aku mencari rupa"

Lama aku melihat dia
Lantas aku hulur tangan berjabat mesra
Dia kesukaan lantas berbicara
"Aku teringin kau datang ke rumah aku,
Bawakan sekali batu, kayu, paku
Kita bina bersama rumah sudah binasa
Ditelan ombak mengila"

Aku terdiam seketika
Esok pasti aku akan tiba
Bicara itu terlontar, dia tersenyum suka
Lalu aku melangkah pergi,
Tidak menoleh dia lagi

Namun dia menjerit kepadaku
"Janji, Esok kita bina bersama"
Dia terus ketawa seperti sedia kala
Namun aku kecewa berairmata

Warasku tetaplah gila
Janjiku tidak pernah kota

Rabu, 16 November 2011

Apalah Ada Pada Tiada...

Apalah ada pada tiada
Pembuka kata madah pujangga
Membentuk rupa, binasalah juga
Ke sini ke sana, tetaplah merana

Di cari-cari cinta setia
Meredah belukar, semak belantara
Sifat-sifat satu persatu di buka
Pejam mata, tetaplah ada

Suara bergema memukau minda
Di sangkal pula hati jiwa
Tiada, jika ada tetaplah binasa
Merana bahagia hanya sandiwara

Gila, gila sudah tahu tiada
Di redah hingga sesat beraja
Bodoh, bodoh tidak nampak ada
Rupa depan mata, diterbalikan itulah dia

Sorak tawa, menitis airmata
Beza katanya tidaklah sama
Pandang, pandang di sini di sana
Apa ada jika itu turut binasa

Jumaat, 6 Mei 2011

Sudah Gila, Si Gila...

jadi aku
jadi engkau
kacau bilau
arah tuju
makin buntu
kaki kaku
buang aku

masuk hilang
keluar datang
melenting songsang
pusing gasing
Kepala pening
hadir bintang
apabila siang

hati rasa
nampak mata
tanda tanya
cinta siapa
akhirnya sama
arah bahagia

Si Gila Menyanyi Di Petang hari...

Hebat merantai rindu
Di lembah paling syahdu
Si gila mula berlagu

Cari, cari jangan berhenti
Dihujung sana ada perigi
Masuk dalam jangan lari
Jika lari, bertambah ngeri

Nampak diri dalam diri
Petik akar lari sembunyi
Takut kata aku kau lagi
Biar hilang itulah diri
Diamkan suara biar sunyi

Takut, takut makan diri
Hilang diri tambah seri
Hilang seri buang mimpi
Datang realiti tolak fantasi

Ohhh! hala tuju sebenarnya sama
Pening kepala mabuk pula
Asyik berkata lupa dunia

Si gila mula menyanyi
Diulang-ulangnya lagi
Tanpa tanda berhenti

Si Bodoh, Si Gila Berbicara...

cerita ini tidak kena mengena pada mereka yang tekena
itu kata si bodoh, si gila hanya diam sahaja

kenapa kau diam
ceritalah kan sudah malam
kata si bodoh pada si gila

sebab malamlah aku diam
kalau siang dah lama aku datang

datang? datang mana
tanya si bodoh pula

datanglah aku punya suara
kan kau juga yang tanya

bila masa aku tanya
kan kau yang berbicara

si gila mula panik
berpusing akalnya pelik
di cari setiap kotak
buat isi kain rabak

si bodoh pula hairan
dia terus berjalan kedepan
tak pula kebelakang, atau kanan
ke kiri lagilah tidak mungkin

diam, aku tengah simpan harta ini
si gila bersuara

si bodoh pun apa lagi
berkatalah dia, bagilah aku sekali

si gila tidak bagi
dia kata kau dah ada
aku yang tak ada


si bodoh ambil baju
ditanggalkannya
lantas berkata, aku pun tak ada

Hanya Sebuah Cerita...

asyik cerita si bodoh, si gila
sampai lupa masa berlagu cinta
dalam diam berirama duka
bukan menangis tapi suka

namun ada tertanya-tanya
mengapa pula timbul kisahnya
biarkanlah itu hanya cerita
bukan hendak mengata
tapi itulah cerita si gila

"dalam semak di gigitnya tanah
katanya lapar, sakit perut nanti parah"


ini pula cerita si bodoh

"ada api dimalam hari dipadamkannya
katanya takut, nanti orang nampak pula"

Si Bodoh Dengan Bunga Dan Bali...

si bodah datang lagi
membawa bunga sama baldi
katanya nak buat mentera sekali lagi
yang tadi tidak jadi
itu katanya, mereka yang pandai
ketawa tak henti-henti

apa lagi
si bodoh ambillah bunga
disiat-siat kulit nampaklah isi
di letakkan atas tanah lama juga
mulalah di baca mentera tak berisi

"dalam gelap nampak apa
dalam terang pun sama
dalam diam rupanya nyata
balik-balik sama cerita
tiada, ada, tiada, ada
lama-lama jadilah macam si gila"


Di angkatnya baldi
dipecahkannya pula
katanya, saja nak biar rata
kalau ada macam tak ada
buat apa simpan lama-lama

si bodoh terus pergi
ditinggalkannya baldi dan bunga
si pandai apa lagi terus bertanya
kenapa biarkan baldi dan bunga begitu sahaja

si bodoh mula bersuara
mentera tak menjadi
aku nak cari yang lain pula

Si Bodoh Pula Ingin Bercerita...

siang tadi cerita si gila
meratakan benang kusut, katanya

kini tiba pula cerita
si bodoh memanjat gunung
memetik bintang pula, katanya

jangan dengar kata si bodoh
bukan aku kata, mereka yang bijak bersuara
diam, diam dengar sudahlah
itu pun mereka yang berbicara
si bodoh apa lagi mulalah bercerita
hebat ceritanya

mula-mula siapkan mentera
lepas itu langkahkan kaki
jalan jangan kebelakang
jatuh, parah sakit binasa

ada mata guna
kait pakailah ia
nampak jelas lagi sekata
tiada dua itulah dia

kalau nampak jangan kata
itu akulah pula

itu cerita si bodoh
bukan si gila yang bersuara

Benang Kusut Jadi Rata, Dikerjakan Si Gila

depan mata dicari-cari
dipandang-pandang berulangkali
tidak nampak, ingat illusi
rupanya sudah lama
fantasi bertukar realiti

berpusing gasing, pening
tercabut urat-urat benang
diberikan sekata
tiada tinggi, tiada rendah, sama

memang gila
benang kusut, ditegakkannya
hilang semua, hanya ingat dia
diamnya bukannya buta
senyumnya bukannya celik
hentinya kerana gelap gelita
tetapi tetap ditegakkan
benang berpintal, jadi rata
memang gila berkerja dimalam gelita
tiada itulah akhirnya

Katanya Asyik Gila, Itu katanya...

Hampir berkata
Pada madah pujangga
Gila, cukup gila
Katanya

Bara api jadi kita
Memang gila
Bunga layu jadi aku
Memang gila
Langit tinggi jadi kau
Memang gila

Berpusing akal pening
Hilang arah, songsang
Tinggi naik, datang
Turun selam, terang
Tiada bayang
Hilang rupa sayang
Engkau pula yang dipandang

Cari, diam, depan mata
Redah, henti, sini sana
Jalan diteroka, membuang nyata
Kata aku engkau pula
Memang gila

Tutup telinga dengar sahaja
Kaku langkah bersandar semata
Keluar sini, masuk sana
Binasa, rupanya sama
Memang gila

Itu katanya
si orang gila

Sekali Lagi Berhenti, Diam....

Melangkah jalan sepi
Mencari satu lagi
Sembunyi, sembunyi lari
Lari? berhenti

Merentas alam fantasi
Tiada, ada realiti
Dalam mata ini
Diam, diamlah lagi

Hilang, datang, kembali
Hampir-hampir pergi
Sekali lagi
Di buka, berbunyi
Lagu-lagu sunyi

"Di sana tiada, di sini tiada
Sama jalannya, ada apabila tiada
Pusing-pusing, lama-lama gila"

Gila kerana cinta...

aku berjalan meredah belukar di sana
mencari secebis kain untuk membalut muka
malu betindih-tindih, bertimba-timba
perlukah aku ukir kisah cinta?
andai di akhirnya tiada

aku hanya insan
menumpang teduh dan berjalan
mencari rindu cinta kayangan
lalu terukir madah diperhentian

"Kau datang merobek rupa
Hingga tiada kesan-kesannya
Hilang tanpa kabar berita
Dan tibalah masanya, tiada
Kerana cinta gila
Berhenti nadi pun tidak mengapa"


Itu katanya
Gila kerana cinta
Lebih baik jadilah tiada