Memaparkan catatan dengan label puisi budak darjah 1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puisi budak darjah 1. Papar semua catatan

Rabu, 21 Ogos 2013

Puisi Budak Darjah 1...

Harimau mengaum
aum... aum;
Meracau membidas membuat angkara
biar semua hati lara.

Datang bernama A bertandang
mengeluarkan sakti ajak bertendang;
Di singkap dada jadi raksasa
penuh ilmu pusaka diambil direka.

B yang punya nama
melihat lagak A tidak menunggu lama;
Di sisip kemas keris emas bersalut benang
di jiwa berkocak "Aku akan menang".

Harimau tersenyum mengaum
aum... aum;
Tidak gentar semakin ligat memutar
setiap gerak diludah lontar.

C duduk mengeleng kepala
dihati kata "A B pasti cula";
Di gagahkan kaki membidang dada
"Matilah kau." itu sahaja dikata.

Harimau tetap tersenyum
aum... aum;
Melompat terkinja membaham mangsa
bagai esok tiada masa.

Arah mana muncul D sayu langkah
memandang dunia semakin parah;
Merubah diri jadi semut kecil
lantas masuk ke hati harimau membawa basil.

Harimau sakit mengaum
aum... aum;
Menunggu ajal menjemput pulang
bersama D sanggup hilang.

Puisi Budak Darjah 1 (no. 2)

Raksasa bertaring mata merah berapimembakar segala yang punya tepi;
Tiada belas kasihan
dibelasah habis-habisan.

Watak berani tentulah A bernama
bagai tokoh sebuah cerita lagenda lama;
Dianyam ilmu pusaka agar disegani dihormati
ditukar diri ada kepak mengipas api biar henti.

B watak gagah bak laksamana
habis ditikam hitam agar putih warna;
Keris emas tetap disalut benang
dicincang-cincang api, hati kata "Aku tetap menang."

Bagi C itu semua alamatnya kalah
tokoh watak gerak diam hanya kata dihelah;
Berdalih tak nak, tak nak beradu
hanya melempar dadu "Mati kau bukan aku."

Raksasa mengamuk mengutuk
menyempur api sehingga lekuk;
D masih membersihkan lumut
melihat terus berubah menjadi semut.

Watak kecil mengharap hilang
biar semuanya aman dan gemilang;
Dijalan setiap celah tidak kelihatan
kecilnya membawa tuah bukan kelemahan.

Raksasa memijak-mijak semut
dalam keadaan kelut-melut;
Bertubi-tubi akhirnya semput
terbaring melutut.


P/s : Jangan makan semut tapi jadilah seperti semut... agar dipijak tak mati ehehee