Memaparkan catatan dengan label Bernoktahkan Hitam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bernoktahkan Hitam. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Oktober 2011

Titik Noktah, Diam...

Terlalu hitam
noktah-noktah kelam
bermain-main kala malam
Hanya dengar, itupun hilang
ditelan taufan datang

Meraba-raba,
terkial-kial menyusun kata
madah pujangga
Mencoret memanggil bintang
hapuskan mendung acapkali datang

Suasana hitam,
terlihat kertas-kertas putih melayang
melambai-lambai hilang
Terlihat cuma titik-titik noktah
Di baris-baris akhir kalimah. (Bernoktahkan Hitam)
Diam....

Selasa, 6 September 2011

Engkau tetapkan ada...

Hendak mencari
Tapi tidak temui
Biarpun engkau, tidak sembunyi

Ingin meredah, lautan samudera
Namun takut lemas pula
Duduklah diam membatu cuma
Ada kata, dibiar terbang begitu sahaja
Dalam hati, tertanya-tanya
Tenggelam timbulnya

Engkau tetapkan ada
Biarpun layu bunga kemboja
Engkau tetapkan ada
Walau beredar putaran dunia

Resah, jangan dibawa
Gelisah, jangan diluka
Pasrah, terima segala
Kesal, jangan dikata

Kelam, menikam-nikam
Menjadikan suram
Bernoktahkan hitam

Datanglah cahaya
Disiang sinarnya, malam terlontar hilang
Maka terhulurlah, kasih tidak terbilang
Sayang tidak terbuang

Lihatlah sampai tiada...

Sudah lama tidak berjumpa
Tiba-tiba ada depan mata
Rindu hampir tidak terkata
Mujur aku masih bersuara

Tidak mungkin aku hanya diam
Bicara pada sunyi-sunyi hitam

Bermadah bicara songsang
Tidak seperti asal yang datang
Diubah kata dan biar hilang
Itulah dimahu walau dilarang

Corak warna asalnya tiada
Ukiran gelap itukan ada
Titik-titik hitam andaiannya
Besar tidak nampaklah apa
Kecil nampaklah dia
Terang warna lihatlah sepuasnya
Lihatlah sampai tiada

Tidak mungkin aku hanya diam
Walau asalnya Bernoktahkan Hitam
Tiada, hanya kelam

Khamis, 25 Ogos 2011

Airmata Malam...

Pulang kembali
Di daerah sunyi
Tinggal satu noktah beraja kini

Serabut di minda
Mengukir cerita
Dibawa tetaplah tiada

Katakan aku
Punya masa menunggu
Menunaikan janji-janji berbatu
Mengikut segala kemahuanmu
Tetaplah aku begitu

Kata, katakan padaku
Andai jalanku hanya liku
Luka parah berganti, setiap satu
Punya waktu, buntu

Kata, katakan padaku
Andai jalanku hanya liku
Noktah-noktah hitam diterangi, sayu
Airmata malam kaku

Berselirat dikepala
Melakar pujangga
Dan akhirnya tetaplah noktah sama

Isnin, 22 Ogos 2011

Laela Syakura....

Mulanya
Terjumpa bunga Laela Syakura
Keras hati mula mencair
Bagai rintikkan hujan Laju
Melakar langkah mencapai lautan

Di saat itu
Hanya nama itu terpamir
Di ruangan mata tanpa bayang
Bayang-bayang timbul-timbul hilang
Bagai titik-titik hitam

Terang
Mencorak datang
Dengan kasih sayang
Tertera kelembutan

Biarlah hitam-hitam itu mula terang
Biarlah cahaya-cahaya itu mula datang

Tutup buka
Buka tutup tetap nama
Laela Syakura asalkan jumpa

Keras hati mula mencair
Bagai rintikkan hujan Laju
Bayang-bayang timbul-timbul hilang
Bagai titik-titik hitam (Bernoktahkan Hitam)

Memandang Bulan...

Aku memandang bulan di langit
Tatkala itu ku dengar kocakan ombak
Menerjah detikan akal yang mula berfungsi
Sebelum ini tak pernah percaya
Bulan boleh hilang sekelip mata

Sehingga satu ketika
Daun itu mula gugur pada dahan
Layu, kering
Akhirnya hilang

Aku tertanya sedalam mana terdaya
Apakah titik-titik terakhir itu?
Terang, gelap
Ada, tiada
Buka, tutup
Lena, jaga
Dua perbezaan kata
Seakan sama apa adanya

Terang dalam gelap
Sekelip mata ada dalam tiada
Buka dalam tutup suara
Lena dalam jaga perjalanan
Berakhirnya itu titik permulaan
Permulaan itu titik pengakhiran

Titik itu tetap bulat
Bagai bulan
Tidak penuh, tidaklah dipanggil purnama
Bagaikan kertas putih
Apabila dilakar
Jadilah begini. (Bernoktahkan Hitam)
Ia akan berada diakhir ayat
Jarang belaku tanda ini ?

Jumaat, 19 Ogos 2011

bintang samar-samar...

dalam samar-samar malam
memandang bintang dikaki langit
biarpun cahayanya tidak mengena
namun sejuk, hati rasakan
masih ada kelipannya dia

biarpun air mengalir deras
menyucikan debu-debu berterbangan
tidak cukup airnya itu
biarpun ditambah
sepurnama lamanya lagi

itu ketika melihat adanya dia
tika ini mendung menyapa
memberikan gelap adanya dia
menyembunyikan dalam terangan-teranganya
samar-samar yang ada hanya pada cahaya
itupun bukan cahaya azali
cahaya yang diubah warna-warnanya
agar dipandang indah-indah belaka

dan akhirnya terpadam
terpadam kerana warna hitam
dititikkan akhir pada kertasnya (BERNOKTAHKAN HITAM)
buntu menerkam
apa jawapan terakhirnya dia?
ada atau tiada
apa yang ada? apa yang tiada?

bagaikan bintang masih samar-samar
sekejap menyala sekejap terpadam
jika kenal akan sifatnya dia
maka jawapan terakhirnya...
dititikkan (BERNOKTAHKAN HITAM)
apa jawapan terakhirnya dia?
ada atau tiada
apa yang ada? apa yang tiada?

masih belum dititikkan rupanya

Mengejar Dalam Sunyi...

sudah lama menyepi
di rantai di penjaga mimpi
dan kini mencorak kembali
mengukir madah-madah sunyi

akankah masih ada kata-kata?
akankah masih ada pujangga?
mengalir bak lautan samudera
berkocak bak ombak menerpa
dan begitulah lukisan dia

selama mana perjalanan
titik itu akan berhenti
dan ketika ia mula henti
dan ketika itu ia mula berlari

bernoktahkan hitam
biar ditelan kelam
disaat itu segalanya terpadam
bukan ianya berdiam
atau sembunyi disebalik malam
hanya perjalanan baru hendak diterkam

Ahad, 14 Ogos 2011

Jawapan Terakhir...

Langit kelam
Hujan di sekeliling
Pancaran cahaya hanya dari bulan
Mengejutkan penglihatan
Melihat pada arah-arah tuju

Akankah banjir?
Berjujuran hinggap ke wajah
Membuktikan aku bersalah
Penuh gelisah, bertanda tanya
Soalan semakin parah

Berikan aku sebab
Jangan biarkan langkah lambat
Menukir-ukir ilham yang padat
Dalam fikiran yang sendat
Penuh sesat
Tanpa jawapan selamat

Dan akhirnya
Setitik air itu turun
Tepat mengena
Melakarkan BERNOKTAHKAN HITAM pada akhir jawapannya
(titik)

Sabtu, 13 Ogos 2011

Melakar Diluar Kebiasaan...

Kenangan itu membuka luka
Mengambil segala peluang yang ada
Memaksa berkurung dalam kurungan
Gelap gelita itu yang dirasa
Tiada cahaya

Perlukah jeritan itu berkumandang
Memaksa-maksa segala yang tiada makna
Menyebabkan aku sedar
Akulah manusia celaru, keliru
Melilih jalan pecahkan wajah dibingaki kaca

Di malam ini
Mencapai penawar
Menelan duka
Melihat pintu-pintu terbuka
Menerjah masuk ke dalamnya

Sekali lagi
Aku melakar di dinding-dinding
Mencatat, ukir diluar kebiasaan
Tiada kata hanya
BERNOKTAHKAN HITAM
(Titik)

Terbuang Masa Kerana Pujangga...

Lihatlah aku
Pandanglah aku teman
Banyak masa telah terbuang
Hilang melayang ditelan zaman
Sakit di setiap jalan-jalan panjang

Sekurang-kurangnya
Telah aku berusaha
Melakar waktu-waktu buat kau bangga
Biarpun aku berpura-pura
Merubah citarasa
Hanya kerana ingin bertahan lama

Kerana semua akan hilang
Hilang tanpa dapat di tahan
Dan sekarang sudah terlambat
Untuk aku berpatah semula
Mengolah madah pujangga
Seperti sedia lama dahulu

Aku bukanlah sempurna
Bukanlah wira perlu dibangga
Namun aku ada satu kata
BERNOKTAHKAN HITAM untuk selamanya
Terus berjuang menlakar dunia
Dengan madah pujangga

Kejutkan Aku...

Telah tiba akan kemeriahan
Dan kejutkan aku
Bila saat itu tiba
Jangan biarkan aku tidur untuk selama

Seperti apa yang telah berlaku
Berkurun lama dahulu
Datang dan pergi
Silih berganti
Tika itu meriah suasana

Di sini kelihatan hujan
Rintik-rintiknya gugur membasahkan alam
Basah kuyup bersama kesakitan
Kejutkan aku
Bila tiba saat ditunggu
Akan kemeriahan gelak tawa
Sanak saudara

Biarpun dua puluh enam tahun sudah berlalu
Dan aku lupa saat-saat itu
Namun telah aku BERNOKTAHKAN HITAM
Akan tunggu biarpun mata lena dibuai mimpi

Inikah Saat Akhir Perjuangan?

Darah mula menitis
Membasahkan lingkaran bumi
Menjalar dengan seksa
Menikam urat-urat nadi

Menghalang setiap fikiran
Menerjah masuk dalam kepayahan
Lelaki itu berjuang berterusan
Berikrar dengan dirinya sendiri
Tidak, tidak
Tidak akan tumpah darah terakhir di sini

Apa yang dia rasa
Apa yang dia tahu
Tidak, tidak
Tidak mungkin tidak nampak
Jika terlanggar
Tiadalah lagi masa
Hanya tinggal titik hitam
Berterusan BERNOKTAHKAN HITAM

Apa yang dia rasa
Apa yang dia tahu
Tidak, tidak
Tidak mungkin tidak nampak
Jika bertemu
Hanya yang tinggal titik hitam
Berterusan BERNOKTAHKAN HITAM

Dan lelaki itu
Terus melangkah berterusan
Berikrar dengan dirinya sendiri
Tidak, tidak
Tidak akan tumpah darah terakhir di sini

Jumaat, 12 Ogos 2011

Belayar Mencari Penawar (Bernoktahkan Hitam)

Aku masih ingat
Tika malam bersinarkan bulan
Kabus hitam melingkari
Aku kaku, buntu
Cahaya itu menuju
Menemuiku

Aku bertanya-tanya
Gerangan apa yang tiba
Membawa kiasan
Hingga hilang waras
Mencari titik-titik tersembunyi
Hingga tiada lagi
Satupun akalku turut berfungi
Tiada satupun jiwaku berfungsi
Tiada, hanya titik-titik
Merajai, gigil kaku

Jadi aku perlukan sebab
Belayarlah, berlari mencari penawar
Tekanan demi tekanan
Singgah memberikan makna
Bernoktahkan Hitam
Diam.

Khamis, 11 Ogos 2011

Langkahlah Selagi Terbuka

Pintu-pintu terbuka
Hanya tinggal langkah
Namun kaki kaku
Buntu, benarkah itu?

Biarpun seketika
Tetap resah
Gundah bermain-main menerjah
Seringkali hitam beraja dihati
Jerit kesal berulang kali
Tetap berhenti
Melangkah sukar
Bagai terkurung dalam sangkar

Merayu-rayu
Namun wajah dibingkai kaca
Tidak sekalipun endah bisikan kalbu
Dibiarkan rentung lenyap begitu
Bagai diberi bunga dibiarkan layu

.....

Hampir separuh ditutup
Hanya tinggal baki masa
Cukupkah waktu?
Atau masih menunggu
Bisik rayu akhir tangisan dipenjuru
Dan dibiarkan kelam
BERNOKTAHKAN HITAM
Selama-lamanya tersimpan
Sembunyi tidak dikeluarkan

Rabu, 10 Ogos 2011

Bernoktahkan Hitam....

di perjalanan ini
terbentang rintikan hujan
di arah-arah ini
menjelma bayang kelam
resah yang dalam

coretan-coretan kata
madah-madah pujangga
tidak mungkin, terhenti berhenti
mencetuskan segala revolusi

menyala bara membakar jiwa
tatkala berkelana mencari nakhoda
di mana?
adakah di sini, adakah di sana?
hingga asyik hanyut sendiri
pulangnya hanya menjelma tiada
tiada itulah ada
perkataannya masih tertera

akan diturut
walaupun malam kian larut
menjadi kelam-kelam
bertukar hitam
dan akhirnya

.... (bernoktahkan hitam)