Selasa, 31 Mei 2011

Menunggu Tiba Cahaya... (Cerita Keris Laksamana 40)

punah harapan Laksamana Tunawisama
bangit jua Gagak Satu Mata
walau acapkali Keris Darah Dahaga
Singgah didada
tentera durjana telah rebah bangun semula
tiada daya kudrat laksamana bertiga
katanya Laksamana Tunawisama...

"Jika begini dilihat cuma
Tiada apa perlu dikata
Serahkan nyawa
Pasti, pasti jalannya bahagia"

"Jangan bermuram duka
Andai serah sebegitu sahaja
Umpama perjuangan tiada
Pasti akan ada jalannya
Lihat di sana
Bulan semakin hilang tiada
Matahari pula muncul menjelma
Itu membawa kabar petanda
siapkan mentera terakhir laksamana"
pesan Laksamana Laad'a Wuju'la...

Laksamana Pemula Tiada
Mengangguk cuma
Hendak melihat mata tiada
Tertutup rapat gelap gelita

"Turun naik angkat tiada
Selam timbul penuh berita
Kabarkan pada sekian alam adanya
Muncul sinar membawa cahaya
Manakan bisa dilawan durjana
Kalimat keramat berkurun lama
Mentera laksamana dibaca
Naik turun sama
Selam timbul sama
Tetap berakhir tiada
Suara tidak bersuara
Kata tidak berkata
Dalam luar sama
Sama-sama tiada"

jerit semangat tiga laksamana
menunggu tiba datangnya cahaya

0 ulasan:

Catat Ulasan