Isnin, 13 Jun 2011

Jelma Cahaya Hilang Gagak Satu Mata... (Cerita Keris Laksamana 43)

sudah sekian lama gelanggang dibina
rebah tidak juga Gagak Satu Mata
puas keris pusaka berbicara
tetap ceritanya sama
tetap ingin adanya dia
berkatalah Laksamana Pemula Tiada...

"Buta mata dilihatnya tiada
Gelap dirasa bagaikan cahaya
Cuma itu dilihat adanya
Maka jadilah cahaya
Terasa bagai ada
Pancaran sinar disana
Mungkin mendung sudah pulang jua
Keluar menjelmalah cahaya"

panas matahari mula membara
terbakarlah jasad-jasad durjana
keramatnya Gagak Satu Mata
jangan kena pada cahaya
jika kena pasti binasa
maka katanya Gagak Satu Mata...

"Bersyukur hendaknya apa yang tiba
Jika tidak kerana cahaya
Pasti hilang isi-isi di dada
Diratah mentah disiat lumat kulitnya
Ingat belum berakhir akan kisahnya
Tunggu tiba pasti kalian binasa"


gelak kuat tawanya durjana
hilang ghaib ilmunya dia
dicari-carilah tiga laksamana
semua hilang tidak sempat dibaca
katanya Laksamana Tunawisama...

"Mujur cahaya menjelma
Jika tiada maka binasa
Dapatlah tidur dengan lena
Esok jika gerangannya tiba
Pasti akan disiapkan penuh mentera"


Laksamana Laad'a Wuju'la bersuara...
"Hilangnya dia hilanglah hamba
Keringat dibawa suram duka
Tidaklah mampu menahan rasa
Jika begini akan cerita
Hamba bukan lagi laksamana"

0 ulasan:

Catat Ulasan