Rabu, 2 November 2011

Pergi Jadi Tiada (Cerita Keris Laksamana 45)

Tiba-tiba hujan berderai airmata
Terhentilah kisah-kisah lama
Diam bicara Pemula Tiada
Mengakhiri kabar dia menjadi laksamana

"Benarkah Tunawisama telah tiada
Hebat bukan calang tandingnya
Keris sahaja bergerak sendiri merobek dada
Masakan dia pergi begitu sahaja
Aku seakan tidak percaya dia tiada"
Pemula Tiada membuka soal setelah diamnya lama...

"Sekali lagi kau kata dia tiada
Hilang kepala aku cantas juga
Tidak akan hilang namanya
Dia masih gagah berbicara
Biarpun wajahnya entah dimana
Tetap akan dengar suaranya"
Pujangga merenung tajam mata...

"Aku mengerti kabar berita
Usahlah kau berkeras jiwa
Dia sudah tiada
Untuk apa diheboh-hebohkan cerita
Yang ada, tidak pula kau dengar suara"

"Cis! tidak sayang mulut agaknya
Sudahlah buta, kata sedep rasa sahaja
Adakah kau ingin menjamah keris lama?"

"Tidak aku sangka
Pujangga sudah gila
Sudahkah kau lupa
Keris pusaka Huwa Huma
Ada di sini, rapatlah jika berani?
Biarpun aku buta, langkahku masih ada"

"Tahukah kau gunakannya?
Andai aku petik lagu-lagu cinta
Dia akan kenal mana tuannya
Sudahkah lupa itu keris siapa?"

"Itukah hajat engkau ke mari?
Sudah puas melanggar ombak samudera
Adakah engkau telah jumpa?
Syukur Alhamdulillah, cukupkan barisannya"
Gelak kuat tawa Pemula Tiada...

"Hanya dia akan pergi mengalahkan Gagak Satu Mata
Biarlah dia menjadi kepala
Kita sudah tua, keringat tiada
Jadi badan, jadi kaki cukuplah jua
Hendak besar-besar sudah tidak larat mengangatnya"

Laksamana mencelah bicara...
"Apa hanya aku sahaja
Bacanya belum cukup sempurna
Sudah dihantar terus ke sana
Maka, aku akan tiada"

"Itu niatnya kita
Andai genggam sahaja
Tidak berani melangkah ke sana
Apalah guna sekadar bicara
Kata laksamana, langkah kaki pergi jadi tiada"
Kedua-dua gerak serentak berkata...

0 ulasan:

Catat Ulasan