Memaparkan catatan dengan label Kejauhan Kedalaman Cahaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kejauhan Kedalaman Cahaya. Papar semua catatan
Rabu, 20 Mac 2013
Kejauhan Kedalaman Cahaya 2...
Gelap seluruh takungan yang bersekutu
biarpun jernih air deras datang bertalu
kerana cahaya itu...
Tidak dapat menerangkan
kejauhan kedalaman
pada bingkai yang telah termaktub pada kehitaman
Namun di sini, ia mengeluarkan cahaya
menerangkan segala wajah rupa
menangkis segala resah prasangka
kerana cahaya akan keluar dari jiwa
Biarpun gelap sekeliling
bagi malam diselubung mendung
mencurahkan titik jernih menjadi takung
cubalah renung...
Pada seisi alam
jelas dan sukar melihat pada malam
namun ada kejadiannya dicipta untuk hitam
agar ia sentiasa lihat biarpun cahaya di padam
Selasa, 19 Mac 2013
Kejauhan Kedalaman Cahaya...
Cahaya itu menyusup laju
memanah warna di corong berliku
tepat jatuh ke dasar hati celaru
walau ombak mengelak dan berlalu
Terkapai di realiti desiran angin bayu
dalam mengira bebuih bertamu
di gerabak retak berbelah rindu
aku berada jauh,
ditelan pada ruang hitam yang tidak mungkin rapuh
Cahaya itu tidak akan mampu
menerangkan sejumlah titik yang bersatu
dan tidak mungkin dapat,
mencincang lumat air yang melilit rapat
Gelap...
biarpun jernih air datang bertalu
menakung mengumpul doa rayu
ia tetap gelap,
kerana cahaya itu tidak dapat menggilap
kejauhan kedalaman yang di harap
Hanya satu...
aku perlu mengukur pemukaan lautan
agar cahaya sentiasa kelihatan
tidaklah terkapai kelemasan
gelap dalam mengira sejumlah bilangan
Langgan:
Catatan (Atom)







