Memaparkan catatan dengan label Hanina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hanina. Papar semua catatan
Jumaat, 8 Mac 2013
Kerana Rindu Aku Meneguk Air Didih...
cinta mengundang padah dan gelisah
Ibarat langit memuntahkan panah
aku dibawahnya menadah
andai lari hilanglah maruah
Segala ukiran menerjah minda
mengukir parut kian parah
bertunas resah sepanjang arah
merawat ternyata menambahkan darah
Mengapa aku dimainkan watak sedih
ibarat hujan mengalirkan air mendidih
titisan turun menanggung pedih
memikul beban semakin bertindih
Adakah ini dinamakan tuah
bersenda gurau dalam resah
bagai menanak nasi di dalam kawah
beras bertemu air bertukar wajah
menjadi nasi atau bubur tetap dikunyah
Antara kurang atau lebih
cinta ini tetap di pilih
kerana rindu semakin merintih
menurunkan titik-titik jernih
Khamis, 29 November 2012
Rasa Rindu...
Telah terasa takbir bergema
rindu bergegar di dalam dada
merebak menghidupkan bara
semangat terbina semula
Rasa ini membuka memori
cinta yang tidak akan dimungkiri
tetap kekal menjadi lambang hati
tiada penganti kerana kau ada di sini
Biar hidupku di selubungi hitam
agar sentiasa di selimut bayangmu
Biar hidupku umpama malam
sinar bulan menerangi sekitarku
Itulah kamu
jujur ku katakan aku rindu
selamanya hati dimamah rindu
sekelilingku menjadi berwajah kamu
Nadi berlagu
moga kau aku ketemu dalam satu
tidak terpisah, tidak musnah dimakan waktu
Rabu, 19 September 2012
Esok Tetap Ada...
Tetap begini
Sakit masih menari
Melonjak riang tanpa henti
Semangat tetap terus menanti
Bertemankan bayang kian pudar warna
Rindu melelahkan rasa
Membangkitkan kecewa
Esok tetap ada
Segar diingatan selama
Tika memandang semula
Dicorong-corong rasa kecewa
Pada ruang ladang luka
Terpamir cahaya
Hanina membawa cinta
Membelai menyusutkan airmata
Berkata...
"Batu resah melanda
Menaburkan hujan airmata
Cuba meratah sejuta sengsar
Biarpun doanya tidak pernah diterima
Ia terus percaya esok masih ada
Harapan bahagia...
Tiada merana, tiadalah bahagia
Jika impikan bahagia
Meranalah awalnya"
Sakit masih menari
Melonjak riang tanpa henti
Semangat tetap terus menanti
Bertemankan bayang kian pudar warna
Rindu melelahkan rasa
Membangkitkan kecewa
Esok tetap ada
Segar diingatan selama
Tika memandang semula
Dicorong-corong rasa kecewa
Pada ruang ladang luka
Terpamir cahaya
Hanina membawa cinta
Membelai menyusutkan airmata
Berkata...
"Batu resah melanda
Menaburkan hujan airmata
Cuba meratah sejuta sengsar
Biarpun doanya tidak pernah diterima
Ia terus percaya esok masih ada
Harapan bahagia...
Tiada merana, tiadalah bahagia
Jika impikan bahagia
Meranalah awalnya"
Selasa, 14 Ogos 2012
Hanina (Rindu)...
Menyusuri pada masa
Kisah panjang berjalan duka
Menanti tiba cinta
Hanina tidak menjelma
Dan menatap barisan rasa
Pada ruang ladang usia
Hanina datanglah usik jiwa
Belailah surutkan airmata
Mengiringi langkah mencari hanina
Erti sebuah lautan cinta
Mengapa merantau menceduk hiba
Depan mata tersergam rupa
Hanina tiada apalah ertinya
Bagai emas ditangan esok susut jua
Germersik pancuran berbisik bahasa
Pandang pada langit gelita
Tidak kelihatan hanya warna
Tetap ada biarpun tiada
Rindu itulah hanina
Kisah panjang berjalan duka
Menanti tiba cinta
Hanina tidak menjelma
Dan menatap barisan rasa
Pada ruang ladang usia
Hanina datanglah usik jiwa
Belailah surutkan airmata
Mengiringi langkah mencari hanina
Erti sebuah lautan cinta
Mengapa merantau menceduk hiba
Depan mata tersergam rupa
Hanina tiada apalah ertinya
Bagai emas ditangan esok susut jua
Germersik pancuran berbisik bahasa
Pandang pada langit gelita
Tidak kelihatan hanya warna
Tetap ada biarpun tiada
Rindu itulah hanina
Isnin, 30 Julai 2012
Rindu...
Rindu itu menangkap rasa
Mencengkam dada
Tanpa dipaksa mengatur rangkap kata
Terbukalah jendela
Yang pernah tertutup rapat dahulukala
Tercalarnya baris-baris madah pujangga
Ketika asyik mengalun irama cinta
Ketidaksedaran ombak datang menerpa
Menghanyutkan helai-helaian berentak nada
Baru kenal cinta sudah berairmata
Tidak perlu menoleh sini sana
Di depan tersergam indah rupa
Tidak perlu di tutup, tidak perlu di buka
Tidak pernah ada paksaan untuk bercinta
Lidah kelu, hati sering menyebut namamu
Jika rindu tidak usah malu
Mencengkam dada
Tanpa dipaksa mengatur rangkap kata
Terbukalah jendela
Yang pernah tertutup rapat dahulukala
Tercalarnya baris-baris madah pujangga
Ketika asyik mengalun irama cinta
Ketidaksedaran ombak datang menerpa
Menghanyutkan helai-helaian berentak nada
Baru kenal cinta sudah berairmata
Tidak perlu menoleh sini sana
Di depan tersergam indah rupa
Tidak perlu di tutup, tidak perlu di buka
Tidak pernah ada paksaan untuk bercinta
Lidah kelu, hati sering menyebut namamu
Jika rindu tidak usah malu
Rabu, 7 Disember 2011
Aku Jumpa Hanina...
Pertama kali aku berjumpa
Hatiku resah bertanya
Benarkah itu rindu cinta?
Akankah aku setia?
Ku pandang langit gelita
Tiada apa di sana
Ku pandang tanah desa
Tiada apa juga
Tiada ku tahu kenapa?
Aku buka mata
Terpandanglah Hanina
Bikin hatiku meronta
Ingin aku bermesra
Ku kejar cinta
Namun aku terhenti seketika
Aku pandang langit gelita
Mula ada, jumpa
Aku pandang tanah desa
Ada juga, rupa
Adanya bikin aku resah merana
Pertama kali aku berjumpa
Hatiku resah bertanya
Benarkah itu rindu cinta?
Akankah aku setia?
Khamis, 10 November 2011
Rindu Padamu...
fikiran aku buntu
mencari-cari gelombang rindu
kenapa kakiku kaku
tidak bergerak, biarpun sesuku
semakin hari semakin jiwa beku
buntu, kaku, lesu
semua ada terasa di satu
sudut-sudut tanpa arah tuju
tidak tahu
di mana lagi mencari wajahmu
bikin aku terus merindu
biar dekat di depan mataku
tidak juga terlihat akan mu
Jumaat, 28 Oktober 2011
Rindu...
Sampai bila harus ku telan
kerinduan dalam kesepian
berjalan seiringan
Menjadi teman di setiap halangan
Kita sering berkata-kata
dalam diam-diam bicara
mencontengkan lukisan dengan pena
bermadah-madah pujangga
Kau menjadi teman di sepanjang jalan
Kian lama ku simpan
berair berombak lautan
berputar ligat rasa perasaan
Malam, Kau jadi teman
melegar-legarkan rindu
Kelam, Kau jadi bayangan
bermainkan arah tuju
Hitam, Kau jadi noktah-noktah rintikan hujan
mendendangkan lagu rindu disetiap arah-arah tuju
Dengan adanya
terlafazlah madah-madah pujangga
Genggam tanganku, bawakan ke daerah rindu
Kita sering berkata-kata
Kaulah satu...
Jumaat, 21 Oktober 2011
Ombak Rindu...
Langit, awan suram
berwajah sayu
Penuh rindu
Berkocak ombak di kalbu
Bintang-bintang terpampang
diterang-terang siang
Aku lihat ia berenang, tenang
Aku rindu, aku rindu
berkocak ombak di kalbu
Aku melihat matahari
di kala malam menjelma
indah-indah, sinar-sinar pancarannya
Bergetar nadi mengolah bahasa
Berkocak ombak rindu di jiwa
Malam siang jadi satu
kerana aku buntu
gila merajai akalku
Kerana engkau, cinta pertamaku
Rabu, 19 Oktober 2011
Ditelan, Dirobek Rindu...
Akalku kering
tidak mengalir bak hujan mendatang
Mungkin, rasaku hilang
kosong ditelan, dirobek resah bersarang
Aku tidak bahagia
biarpun ketawaku bergurau senda
Tidak juga berderai airmata
Walaupun mencurah sedih di jiwa
Mungkin, rasaku tiada
kosong ditelan, dirobek gelisah menjelma
Tidak, tidak mungkin itu berlaku
jika masih ada ombak-ombak bertalu
Dilautan samudera aku menunggu
tika waktu, bertemu
Melepaskan rindu mencengkam-cengkam kalbu
Jumaat, 26 Ogos 2011
Kilauan Rindu...
Di sanakah
Penuh kilauan rindu
Setiap satu
Penuh jalan berliku
Tidak mungkin, tenggelam
Di bawa ombak gelora
Biarpun mendung menyapa
Menghanyutkan cinta
Selagi teguh
Mengikat rapat di jendela
Mengukuhkan benteng setia
Selagi itu, tidak akan terpisah
Biar memakan sejuta
Dikemudiannya
Membawa berbatu resah melanda
Ingin ditabur bagai hujan airmata
Namun titiknya tidak mengena
Pada kilauan rindu disana
Huraikan ukiran dibina
Ucapkan kata cinta
Biarpun bisu tanpa suara
Isnin, 24 Januari 2011
Ombak, Angin, Hujan Berbicaralah, Aku Rindu...
Wahai! ombak,
Bawalah aku jauh, jauh
Menanam resah, gelisah
Berhimpun pada wilayah, jemaah
Andai! engkau berlari jauh, jauh
Pergi meninggalkan cakerawala
Apa guna kau lahir ke dunia
Andai engkau cepat, mengalah
Kembalilah, guna masa yang ada
Wahai! angin
Kabarkan, bicarakan
Cerita cinta turun temurun
Pusaka alam ciptaan tuhan
Andai! aku lafazkan
Madah-madah pujangga alam
Adakah engkau akan mendengar?
Sedang rasulmu tetap teguh
Membentangkan risalah dari tuhan
Wahai! hujan
Rintikan titisan cinta, rindu
Tepat, tepat ke kalbu hatiku
Dapatlah aku rasa, belaian tuhanMu
Andai! rintik-rintik mengena
Tepat, tepat ke jiwa
Engkau tetaplah begitu
Sedang telah sekian lama
Dia ada rapat, rapat
Hanya engkau tidak melihat
Andai! ku punya, waktu
Sujud akur padaMu
Akan ku lafazkan
Tiadalah tuhan,
Tiadalah tuhan,
Melainkan Allah...
Bawalah aku jauh, jauh
Menanam resah, gelisah
Berhimpun pada wilayah, jemaah
Andai! engkau berlari jauh, jauh
Pergi meninggalkan cakerawala
Apa guna kau lahir ke dunia
Andai engkau cepat, mengalah
Kembalilah, guna masa yang ada
Wahai! angin
Kabarkan, bicarakan
Cerita cinta turun temurun
Pusaka alam ciptaan tuhan
Andai! aku lafazkan
Madah-madah pujangga alam
Adakah engkau akan mendengar?
Sedang rasulmu tetap teguh
Membentangkan risalah dari tuhan
Wahai! hujan
Rintikan titisan cinta, rindu
Tepat, tepat ke kalbu hatiku
Dapatlah aku rasa, belaian tuhanMu
Andai! rintik-rintik mengena
Tepat, tepat ke jiwa
Engkau tetaplah begitu
Sedang telah sekian lama
Dia ada rapat, rapat
Hanya engkau tidak melihat
Andai! ku punya, waktu
Sujud akur padaMu
Akan ku lafazkan
Tiadalah tuhan,
Tiadalah tuhan,
Melainkan Allah...
Khamis, 20 Januari 2011
Lena Dalam Rindu...
Terjaga dari lena
Dipanah, rintikkan hujan
Menggigil dalam kegelapan
KELUARLAH SINAR
Walau sesaat datang
Kau aku pasti ketemu
Walau aku hilang, HILANG
Dalam tompokkan hujan
... Jelma mungkin tidak
Jika jelma...
ITU BUKAN AKU
Nascaya aku turut mati
Dibaham kegilaan, DIRI
Mengaku mati
Namun masih berdiri
Hidup penuh gelisah, PILU
Mengait rindu dihujung pelangi
AKU DI BAKAR API
Walau rintik hujan
Bertukar menjadi lautan
DIAM DI SITU
Teruslah rindu
Teruslah merindu
Dipanah, rintikkan hujan
Menggigil dalam kegelapan
KELUARLAH SINAR
Walau sesaat datang
Kau aku pasti ketemu
Walau aku hilang, HILANG
Dalam tompokkan hujan
... Jelma mungkin tidak
Jika jelma...
ITU BUKAN AKU
Nascaya aku turut mati
Dibaham kegilaan, DIRI
Mengaku mati
Namun masih berdiri
Hidup penuh gelisah, PILU
Mengait rindu dihujung pelangi
AKU DI BAKAR API
Walau rintik hujan
Bertukar menjadi lautan
DIAM DI SITU
Teruslah rindu
Teruslah merindu
Khamis, 16 Disember 2010
Dilema Pengembara Rindu...
Disaat ini
Ku cuba alunkan irama
Agar gugur rintik-rintik
Membahasi wajah di bingkai kaca
Namun panas
Menjelma menunjukan rupa
Panas, bergelodak cinta
Kerana engkau membara rinduku
Entah dimana
Harus ku kembara
Menyusung rindu
Entah dimana
Harus ku bawa
Telaga cinta yang ku simpan untukmu
Hanya yang ku tahu
Engkau ada didepan mataku
Namun apakan daya
Aku buta
Ku cuba alunkan irama
Agar gugur rintik-rintik
Membahasi wajah di bingkai kaca
Namun panas
Menjelma menunjukan rupa
Panas, bergelodak cinta
Kerana engkau membara rinduku
Entah dimana
Harus ku kembara
Menyusung rindu
Entah dimana
Harus ku bawa
Telaga cinta yang ku simpan untukmu
Hanya yang ku tahu
Engkau ada didepan mataku
Namun apakan daya
Aku buta
Khamis, 3 Jun 2010
Hilang Mencari Rindu...
Menitis hujan...
Turun membasai bahtera...
Air setitik menjadi lautan...
Dari setitik...
Bila hilang...
Selamanya harus dicari...
Ingin berjumpa sayang tiada...
Engkau bersembunyi...
Bila rindu...
Resah kian membahang...
Ingin mencari sayang tiada...
Engkau pun tahu...
Siapa pungguk...
Resah menunggu pulang...
Moga hangatnya cinta...
Siapa...
Mencari rindu...
Pada tiba-tiba...
Rupanya...
Hanya mencari rindu...
Didalam mata...
Turun membasai bahtera...
Air setitik menjadi lautan...
Dari setitik...
Bila hilang...
Selamanya harus dicari...
Ingin berjumpa sayang tiada...
Engkau bersembunyi...
Bila rindu...
Resah kian membahang...
Ingin mencari sayang tiada...
Engkau pun tahu...
Siapa pungguk...
Resah menunggu pulang...
Moga hangatnya cinta...
Siapa...
Mencari rindu...
Pada tiba-tiba...
Rupanya...
Hanya mencari rindu...
Didalam mata...
Langgan:
Catatan (Atom)





