Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Khamis, 7 November 2013

Belayar Mencari Penawar 55... (karam bukanlah petanda kelam)

"Sekali lagi kita mulai."
Aku berbicara pada bahtera kian longlai.

Ya, kemungkinan ombak itu menghempas
cuba menghancurkan bahtera hingga lemas;
Apakah harus duduk menunggu terkapai-kapai?
sepatutnya maju biarpun ombak mengibar lengkai.

Ya, setiap kita mengimpikan sampai
biarpun tahu jika hanya duduk lihat langit tidak akan capai;
Adakala dipertengahan bahtera karam
karamnya bukanlah petanda kelam.

Hanya permulaan bagi kita merasai
bahasa alam tentang ombak yang membadai.

Ia bukan ada selalu
mungkin datangnya kita ketika mereka lalu;
Maka terimalah biarpun kita akan karam.

Pada aku,
yang penting kita masih ada untuk melayarkan bahtera
bukan sekadar bersorak gembira;
Namun, ia tiada rasa seperti apa yang kita rasa sehingga dalam
tekad melayarkan bahtera sampai karam.

Isnin, 21 Oktober 2013

Ilham Lari...

Ilham-ilham berlari
terbungkam dalam api;
Merangsang otak
agar memberontak.

Tetapi, tetap ada bayaran harga
mungkin, terkorban jiwa raga;
Wawasan psiko permainan kejam
jantung marak dikecam.

Bagaimana boleh diambil
andai ia di dasar akal?
Jadi panas bermain api
mungkin, melecur mati.

Keadaan huru hara
dia berkata dia, sambil menunjuk lara;
Meneka di balik belakang kata
kemungkinan tanah yang diduduki tidak rata.

Dan, ia membuat aku gila
sambil ilham berlaga
ibarat garam dan gula.

Selasa, 10 September 2013

Kututup Tembok Besi...

Satu hari itu
sepatutnya seribu tahun baru berlaku;
Menjerit ke dalam muka
berteriak memanggil nama.

Aku merenung diatas jatuhnya anak sungai
ia sudah lama menuang diri;
Hanya ia, hanya ia kelihatan
ia menuang memenuhkan kedalaman.

Hanya ia, hanya ia kelihatan
aliran sungai membawa pendirian;
Tiada henti habisnya biarpun kuceduk buang
aliran sentiasa datang.

Adakah satu-satu jalan akan jadi?
Kututup, membina tembok besi;
Sepatutnya seribu tahun baru berlaku
aku tidak mempunyai kawalanku.

Tiada henti aliran sungai
satu-satu jalan, kututup tembok besi;
Seribu tahun nanti akan kualihkan ini.

Kutahu ia membuak
menolak-nolak kian membina ombak;
Kututup kerana tiada mempunyai kawalanku
persediaanku ternyata gila bagiku.

Seribu tahun kubina
pendirian anak sungai di dalam jiwa;
Membuak-buak memberontak
akankah berkecai besi ditolak?

Sehingga kini masihku bina besi
tabah mengharungi ini;
Aliran yang tiada henti,
berhentilah anak sungai
aku bukan laut untuk kau renangi.

Akankah henti aliran ini?
Ia henti, aku mati;
kerana sungai adalah aku
aku halang diriku, bertemu aku.

Wahai! aliran sungai.
Cukup kau renjiskan wajahku di wajahmu;
satu-satu jalan, kututup tembok besi.

Gelap Gelita Lurusku?

Sekali lagi
jangan mengharap pergi;
Perkara berlaku, benar-benarku tahu
sepatutnya bukan begitu.

Jika sepatutnya begini,
kebanyakkan rintik hujan akan terhempas;
Dan, aku akan terlepas
kebanyakkan kita akan terlepas.

Berbelah bagi, kelam-kelam air pergi
bukan lama tengkujuh itu ke mari;
Tidak usah berlari
mari kita sama-sama diri.

Bukanlah diri yang mengaku,
tuhan itu tetap satu;
Tempat terbaik apabila merasa
benda-benda bergerak sebelum kopak.

Satu perbohongan melekat memberitahu,
Tidakkah kau berjalan lurus dihadapanku?

Dan, aku menyaksikan
ya, aku menyaksikan;
Gelap gelita disekelilingku, dimana lurusku?
Tempat terbaik apabila merasa
benda-benda bergerak sebelum kopak.

Jika sepatutnya begini,
kebanyakkan rintik hujan akan terhempas;
Dan, aku akan terhempas
kebanyakkan kita akan terhempas.