Memaparkan catatan dengan label Gabungan Madah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gabungan Madah. Papar semua catatan

Khamis, 23 Mei 2013

Isnin, 18 Februari 2013

Bebaskan Aku Untuk Kebebasan...


Ferry Land..
Aku mulakan dgn kalimahmu
Bismillahirrahmanirrahimm
Kupejam kelopak mataku
Kusingkap jendela kalbu yang mendung

Dhamah Syifflah..
Aku menghampiri meyingkap wajah
Aku belai lembut alunan menerjah
Biar hilang tangisan-tangisan parah
Kembali semula membebaskan indah

Ferry Land..
kukucup takdir dgn reda
sujud taubat sujud nasuha
abadikan sejati menjadi perisai
mendinding diri benteng peribadi

Dhamah Syifflah..
Aku semat setiap kalimah
Biar dibuka tidakkan hilang
Mentari siang membawa ke malam
Menerangi gelita membebaskan kebebasan

Ferry Land..
Kularik tali mengikat jantung hati
kukemas kejap kusimpan rapi
aku bebas bebaskan diri
dari belenggu penjara mati

Dhamah Syifflah..
Aku simpulkan benang tangsi
Lantas ku buka ikatan yang basi
Agar terlerai kekusutan janji
Terpadam membawa arah bebas kini

(Ferry Land & Dhamah Syifflah)

Ahad, 17 Februari 2013

Kasih Yang Tersingkap... (Mayang Sari & Dhamah Syifflah)

Mayang Sari...
Dalam tawaku ada rahsia
Dalam tangisku tersembunyi kata
Dalam jiwaku menafi segala
Dalam hatiku mengiakan fitrahnya

Dhamah Syifflah...
Aku berlindung dibalik bahasa
menyembunyi tangis sengsara
bukan menolak fitrah
bukan menambah parah
hanya menguatkan iman yang lemah

Mayang Sari...
lemahnya iman tak bisa ku tahan
suara bisikan acapkali kedengaran
cuba merungkai segala kekusutan
kejang ikatan sukar dileraikan

Dhamah Syifflah...
Akan aku tahan kepiluan
dengan membisik pada ukiran
ombak lautan tunjukkan jalan
leraikan sarang kekusutan

Mayang Sari...
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
pepatah lama yang sering dipilih
ombak lautan juga terus merintih
hinanya insan yang sering berdalih

Dhamah Syifflah...
Memagar sekeliling rumah
memacak tiang diserata tanah
pilihlah dengan mengikut sunnah
bukan berdalih mengikut arah
yang rapuh dan punah

Isnin, 3 Januari 2011

Seru Angin Kala Badai Melanda...

Miqael Arshad Mudarus:
Keratan resah dibenam desak,
Memukul dinding hati dengan kiasan nan melulu,
Semakin padah tatkala menghimpun insaf,
Begini hebat dugaan Tuhan,

Dhamah Syifflah:
Ombak melakar arus deras,
Mengasak-asak bahtera agar berganjak,
Walau semakin parah disulam darah,
Cintanya pada Allah tidak pudar,

Miqael Arshad Mudarus:
Selafaz janji sebelum kelahiran usah dilupa,
Luh mahfuz segala bersama menjadi renungan,
Bagai sisa hidup pada kelopak mata,
Lama-lama akan tertutup juga,
Maka dia ikhlas bersujud,

Dhamah Syifflah:
Biarpun jauh mengusung rindu,
Mendaki gunung mencari rupa,
Walau tidak bertentang mata,
Dekat hati berkelopak cahaya,
Bersinar wajah dalam kelam,

Miqael Arshad Mudarus:
Dengup jantung mula deras kala khalimah itu terucap,
Lorong hitam terus ditinggalkan kini,
Mencari taman indah melapang dada,
Entah bila hari itu akan tiba,
Yang akan melenyapkan segalanya,

Dhamah Syifflah:
Kau aku punya cerita,
Walau beza tetap sama,
Keratan resah yang kau bina,
Menimbulkan kiasan menghimpunkan taubatan,
Menjadilah sama tidak terpisah,
Gelap terang bisa kelihatan wajah,
Kau itulah aku...

(Miqael Arshad Mudarus & Dhamah Syifflah)