Rabu, 7 Disember 2011

Aku Jumpa Hanina...

Pertama kali aku berjumpa
Hatiku resah bertanya
Benarkah itu rindu cinta?
Akankah aku setia?

Ku pandang langit gelita
Tiada apa di sana
Ku pandang tanah desa
Tiada apa juga
Tiada ku tahu kenapa?

Aku buka mata
Terpandanglah Hanina
Bikin hatiku meronta
Ingin aku bermesra
Ku kejar cinta

Namun aku terhenti seketika
Aku pandang langit gelita
Mula ada, jumpa
Aku pandang tanah desa
Ada juga, rupa
Adanya bikin aku resah merana

Pertama kali aku berjumpa
Hatiku resah bertanya
Benarkah itu rindu cinta?
Akankah aku setia?

0 ulasan:

Catat Ulasan