Khamis, 29 November 2012

Rasa Rindu...


Telah terasa takbir bergema
rindu bergegar di dalam dada
merebak menghidupkan bara
semangat terbina semula

Rasa ini membuka memori
cinta yang tidak akan dimungkiri
tetap kekal menjadi lambang hati
tiada penganti kerana kau ada di sini

Biar hidupku di selubungi hitam
agar sentiasa di selimut bayangmu

Biar hidupku umpama malam
sinar bulan menerangi sekitarku

Itulah kamu
jujur ku katakan aku rindu
selamanya hati dimamah rindu
sekelilingku menjadi berwajah kamu

Nadi berlagu
moga kau aku ketemu dalam satu
tidak terpisah, tidak musnah dimakan waktu

0 ulasan:

Catat Ulasan