Rabu, 21 Ogos 2013

Kembalikan Aku...

Kini nafas kian lelahmenyedut ruang kata berhelah;
Menjalar, merayap di susuk tubuh
membakar lebur akhirnya lebuh.

Mungkin hanya pejamkan mata
melihat air lata turun rendah;
Menghubungkan dua dunia beza
punya rantau takluknya daerah.

Andai pertemuan ditakdirkan
bersemuka bertentang kata;
Aku hanya perlu melepaskan
susunan yang berada di atur cata.

"Kasih, aku merayu
kembalikan aku pada asalku."

0 ulasan:

Catat Ulasan