Rabu, 21 Ogos 2013

Tersembunyilah...

Menitik titisan jernihmungkinkah berbuah semaian benih;
Memupuk kemesraan
yang dahulunya dilanda kemarahan.

Menciptakan jarak
melebihkan kata;
Menghias belantik parak
mengorbankan wira serata jelata.

Inikah mahuku;
.... (tiada kata)
Pejamkan mata,
tutupkan telingga,
rapatkan bisu jangan suara;
Dihati masih berkocak kata
tidak henti bergendang bunyi dilihatnya.

Maka, tersembunyilah
dalam terang yang menerjah,
dalam gelap yang indah;
Kau tetap di sini tidak akan musnah
biarpun kering air kemarau singgah.

0 ulasan:

Catat Ulasan