Rabu, 21 Ogos 2013

Alpa...

Jauh meredah
hingga terlupa arah;
Jernih air berkaca
memantulkan rupa.

Titisan itu mengingatkan
detik-detik kepayahan;
Memantulkan resah
yang dahulunya gah.

Seluas lautan yang Kau berikan lihat
seluas itu kealpaan terpahat;
Kata-kata kian dusta
bernanah dalam duka nestapa.

Ya Allah,
berikanlah aku sujud
agar tahu betapa WUJUD.

0 ulasan:

Catat Ulasan