Jumaat, 30 Ogos 2013

Dikala malam menampakkan cahaya...

Dua atau tiga
mungkin empat mungkin lima;
Semakin dibilang infiniti kuterima
acapkali tersasar kira.

Kudongak masih mengira
hitungan masa berakhir lara;
Kutimbang-timbang berat dosa
sepikul-sepikul batu bertimbun tiada tersisa.
Melimpah tiada memberi ruang buka.

Aku cuba menyelongkar malam
kucuba, telah aku kata, kucuba
namun gelap hitam sukar dipadam
biarpun hujan ligat mengalir, mendung datang menyapa.
Makin kelam warna kuterima.

Diam, telah kukata diam
hitam tetap hitam
biarpun air keluar memadam
tatkala hari sudah malam

Aku tunggu siang
agar dapat kukata dengan terang;
Tiada...
kata awal kuterima.

0 ulasan:

Catat Ulasan