Jumaat, 30 Ogos 2013

Pernahkah Harapanku Punah?

Pernahkah kau melihat aku berlari
dengan harapan punah?
Tiada beza ada mahupun tiada
segalanya telah berlalu lelah

Perlahan kau datang membenamkan lukaku
sedang atas bawah gerak mengipas bara;
Adakah kau ingat api tidak menyala?
cukup kau jentik minyak, merebak.

Zaman itu sudah berlalu
perkataan di bina telah runtuh ditendang bertalu-talu;
Kau yang memaksa pulang
segala ukiran yang bertandang.

Kini kau panggil datang
apakah kau ingat ia senang?
Cukup kau kata sayang
segalanya telah melayang.

Dengar, dengar
segalanya sudah melayang
jangan memaksa aku pulang
setelah segalanya kau tendang

Pernahkah kau melihat aku berlari
dengan harapan punah?
Pernahkah kau melihat aku berlari
dengan harapan punah?
Pernahkah kau melihat aku berlari
dengan harapan punah?

Pernahkah aku berlari?
Masa itu tidak, aku masih di sini
menunggu kau kata : Aku masih mengasihi
namun masa itu sudah basi

Kau datang memanggil sayang
maaf, segalanya melayang;
Jangan dikipas bara
cukup kau jentik minyak, ia menyala.

Ya, aku berlari
setelah di tendang pergi;
Tidak, dengan harapan punah
dihadapan aku lihat ia indah.

Pernahkah kau melihat aku berlari
dengan harapan punah?
Tidak, aku lari mengapai indah
harapan aku tidak pernah kalah.

Kini, kau datang memanggil sayang
aku telah menang.





###berdasarkan motif... jangan berputus harapan, berusahalah... setiap sakit itu ada ubatnya kecuali mati. Maka, mengapa harus mengaku kalah? mengalah ataupun lari untuk mendapatkan sesuatu yang akan mengubah kehidupan itu lebih baik, dari duduk hanya memikirkan tentang kekalahan tanpa berfikir esok masih ada harapan untuk menang. Jadi, berharaplah menang.

0 ulasan:

Catat Ulasan