Rabu, 21 Ogos 2013

Tidak Usah Lari...

Tidaklah akan aku lari
mengejar gunung tinggi;
Biarpun jauh untukku daki.

Cukuplah tapakku rehat
peluh lerat menitis padat;
Esok akanku panjat
dan kembali rehat.

Bukankah ada masa
kita perlu lena;
Membenamkan badan
tika itu menerjah angan.

Dan bangun
sebelum terbakar menjadi unggun;
Bukan lari cukuplah duduk rehat
memerhati apayang telah dibuat.

0 ulasan:

Catat Ulasan