Jumaat, 8 Mac 2013

Kerana Rindu Aku Meneguk Air Didih...


cinta mengundang padah dan gelisah
Ibarat langit memuntahkan panah
aku dibawahnya menadah
andai lari hilanglah maruah

Segala ukiran menerjah minda
mengukir parut kian parah
bertunas resah sepanjang arah
merawat ternyata menambahkan darah

Mengapa aku dimainkan watak sedih
ibarat hujan mengalirkan air mendidih
titisan turun menanggung pedih
memikul beban semakin bertindih

Adakah ini dinamakan tuah
bersenda gurau dalam resah
bagai menanak nasi di dalam kawah
beras bertemu air bertukar wajah
menjadi nasi atau bubur tetap dikunyah

Antara kurang atau lebih
cinta ini tetap di pilih
kerana rindu semakin merintih
menurunkan titik-titik jernih

1 ulasan: