Selasa, 19 Mac 2013

Kejauhan Kedalaman Cahaya...



Cahaya itu menyusup laju
memanah warna di corong berliku
tepat jatuh ke dasar hati celaru
walau ombak mengelak dan berlalu

Terkapai di realiti desiran angin bayu
dalam mengira bebuih bertamu
di gerabak retak berbelah rindu
aku berada jauh,
ditelan pada ruang hitam yang tidak mungkin rapuh

Cahaya itu tidak akan mampu
menerangkan sejumlah titik yang bersatu
dan tidak mungkin dapat,
mencincang lumat air yang melilit rapat

Gelap...
biarpun jernih air datang bertalu
menakung mengumpul doa rayu
ia tetap gelap,
kerana cahaya itu tidak dapat menggilap
kejauhan kedalaman yang di harap

Hanya satu...
aku perlu mengukur pemukaan lautan
agar cahaya sentiasa kelihatan
tidaklah terkapai kelemasan
gelap dalam mengira sejumlah bilangan

0 ulasan:

Catat Ulasan