Khamis, 27 Disember 2012

Kiraan...


Semakin aku mengira
semakin lupa hitungan lama

Jumlah menjadi beban, membinggungkan
Di mana harus bertahan
melepaskan bilangan agar kosong fikiran?

Di sana ada lautan
membolehkan aku menenggelamkan segala kiraan
namun ia menjadi rugi andai tidak dipertemukan

Atau di sana ada daratan
membolehkan aku tanam segala kiraan
namun menjadi rugi andai lupa tempat simpan

Mujur di sini ada hati
biarpun jalan ditemuinya berliku duri
akan aku simpan hingga nanti
ia terbuka dengan sendiri

Maka, apabila cukup masa
hati itu akan mengira
setiap jumlah hitungan lama
dari awal hingga akhirnya
menjadi bulatan lengkap digenggamannya

Aku percaya, dia akan turut percaya
bahawa bahu aku tidak dapat menampung segala beban yang ada

Maka, akan aku
simpan hanya untuk hati itu
kerana kiraan aku
hanya untuk mu

0 ulasan:

Catat Ulasan