Selasa, 1 Januari 2013

Sekali Lagi...


Sekali lagi aku jumpa diri aku
dalam malam berbintang
meraba mencari pulang

Sekali lagi aku jumpa diri aku
ketika aku berdiri
berpijak di bumi

Aku bertanya pada hati
apa yang aku lakukan di sini
sekali lagi aku mula berdiri
mencari arah sekali lagi

Aku ada di sini
matahari bulan singgah menerangi
biarpun mendung bertandang tidak henti
tetap ada dibalik gelapnya hari
tetap ada bukan bersembunyi
terselindung kerana lumrah di sini

Apabila arah angin
membawa segumpal awan
di dalamnya berisi rintikkan
sekali lagi aku ditemukan

Sekali lagi aku jumpa diri aku
tatkala berderai kaca didepan mataku

0 ulasan:

Catat Ulasan