Rabu, 26 Disember 2012

Menyelam Dan Bertahan...

Aku cuba menyelam
dan semalam terasa kelam
haruskah diam?
membiarkan mendung menutup malam

Aku cuba berjalan
melangkah dipersisiran
pepasir kaca yang ditaburkan
menjadi luka-luka berpanjangan

Ditelan kabus yang mendatang
terjerat di antara dua ruang
akankah berhasil andai rintik-rintik bertandang
menyerang dalam tangis yang hilang?

Hilang lilitan selendang
yang selama ini menjadi ladang
menutup segala lubang
membuka segala peluang
dan sekarang...

Aku cuba bangun
melontar segala rekaan
menuruni cerun untuk ke lautan
dan cuba menyelam dan bertahan
sehingga darah luka dihentikan
sehingga darah merah tiada di badan

0 ulasan:

Catat Ulasan