Jumaat, 23 November 2012

Rindu Resah...


Madah rinduku tertumpah
dilaut penuh merah
mengalir di dada resah
dan punah

Resahku bergoncang
Resahku bergelumang
memandang dosa bertandang
ibarat malam tiada siang
pekat hitam bermasa selamanya panjang

Setitik demi setitik mengalir
mengusir menyisir
tetap mendung terukir

Aku tetap rindu
biarpun resah membebankan bahu

Aku tetap resah
biarpun rindu bersinar indah

1 ulasan:

  1. Sesungguhnya rindu itu hadir bersama resah
    Bikin hati gundah gelisah
    Fikiran menerawang entah ke mana
    Berdiri tetapi goyah
    Diam namun gundah

    Inginku teriak tapi tersembunyi hujah
    Hujah di sebalik rindu ada resah
    Tiada noktah

    BalasPadam