Isnin, 26 November 2012

Ketiadaan...


Melayan hati
dengan madah puisi
bersama rintikkan silih berganti
dihiris diguris tanpa henti

Berputik rindu di rasa
bergelora jiwa
namun hakikatnya tiada
beroleh sengketa

Cahaya diratapi
kelam dimalam sunyi
bersama cinta yang pergi
dihiris diguris tanpa henti

Pedih hati terluka
gugur semangat bergema
kerana kau tiada didepan mata
membuka gerbang cinta

Andai ketiadaan itu
menjadi asing bagiku
pasti bisu
diam penuh cemburu
menjadi selendang penutup resahku

Maka, luahku agar kau
sentiasa ada disampingku
mendengar rindu
kau aku satu
binasalah aku
satu

0 ulasan:

Catat Ulasan