Selasa, 20 November 2012

Resah...


Resah yang ku olah
menjadi parah

Resah bertaut...
Melutut
dalam lena yang merikut

Resah yang ku ukir
semakin tersisir

Ribut melanda pelayaran
mengoncang tali ikatan
turun naik jalan haluan
menyambung gema ombak lautan

Resah yang ku lukis
terpadam terkikis

Mengigit suara laungan
yang dahulunya resah berpanjangan
dan bangkit memuntahkan serangan
biar tiada bayang igauan

Resah yang ku ungkap
terperangkap

Silau sinaran bayangan
di kaca bersepah bergelimpangan
menyusur titisan demi titisan
kasih sayang dan tali hubungan

Resah di hatiku
Kerana kau itu aku

Resah di sini
Kerana aku mati

0 ulasan:

Catat Ulasan