Selasa, 7 Ogos 2012

Tirai Malam 2...

Menyingkap tirai malam
Bersama rintikan hujan
Dihimpit kenangan bayangan silam
Ditindih lumpur diraut senyuman
Menggigil mencari penawar kedukaan

Dekatkanlah cinta balaskan kerinduan
Berlaga kiri kanan menunjuk arah
Tiada garis pemisah bertapak sejuta langkah
Jelas sebutir pasir dilaut pantai
Kelihatan bersimpati pada malam sepi
Mengalirkan air di langit suci

Halus sehelai rambut menjadi penentu
Antara putus mahupun kekal bertemu
Ombak yang berkocak akan reda
Langit hitam akan bercahaya
Musim luruh masih ada bunga kembang mekar
Mengalunkan laungan merdu mencakar
Melayan arah perjalanan semakin sukar

Hanya nama tampil menjadi penguat
Di rimba penuh tertutup rapat

0 ulasan:

Catat Ulasan