Sabtu, 4 Ogos 2012

Tirai Malam...

Tirai malam
Menceritakan rimba kehidupan
Penuh luka dan kesakitan
Rindu cinta dihimpit kehampaan
Doa mengharapkan
Kekal kebahagiaan

Tiada garis memastikan perpisahan
Embun menitis yakin kesejukan
Menyuburkan bunga tandus kekeringan
Menyusung kelopak liku perjalanan

Utusan mekar mengamit ingatan
Akan dibawa belayar ke lautan
Mencampak debu kekotoran
Membersihkan saki baki ketiadaan

Kuntum jambangan rindu di taman
Semangat zaman berzaman dililitkan
Menjadi rantai pengikat kepastian
Menyedarkan dari lena lamunan
Bangun terus bergerak kehadapan
Biar ombak menari keriangan
Menenggelamkan bahtera semakin keuzuran
Semangatmu kekal di perjalanan

Pemulaan tiada pengakhiran
Penamat tiada dititikan
Bagai malam kelam ketidaktahuan
Ada dalam ketiadaan
Tiada dalam keadaan mengerikan
Masuk di lembah kebinggungan
Katamu penyeri mengukir senyuman

"Akan diusung hingga dipertemukan
Biarpun itu hanya sebuah lakonan
Diawal buka telah dilihatkan
Sengaja mencipta kesengsaraan
Agar ingat kedudukan
Bukan diatas bukan dibawah bukan didepan
Dimana-mana tetap dilingkaran bulatan
Ketiadaan...
Bagaikan membuka tirai malam semakin kelam"

0 ulasan:

Catat Ulasan