Khamis, 9 Ogos 2012

Bersama Malam...

Ku temui malam
Dalam rintikan hujan
Penuh warna mencengkam rasa di jiwa
Membuka takbir cinta pesona jelita
Dititian makna setia

Berlagu dendangan rentak madah pujangga
Dan tirai malam tersingkap rupa
Mengibarkan sayap jambangan bunga syurga
Semerbak wangi datang menerpa

Terpaku bagai mimpi
Riuh cahaya di malam sunyi
Tidak dihalang tembok tinggi
Sebak hati menangisi
Seribu malam menjadi pasti
Tersimpan diingatan tidak berhenti

Dan bersama malam
Menyaksikan gelora kerinduan
Diam dan sembunyi melangkah pergi

Terkatup mata beralun syahdu perlahan-lahan
Menekan butang-butang ingatan setia
Kau menjelmakan rasa dilubuk jiwa penuh luka
Pada malam kian suram tanpa cahaya

0 ulasan:

Catat Ulasan