Rabu, 1 Ogos 2012

Keyakinan Cinta....

Di sini sana kelihatan rupa
Agar kenal mengenalilah dia
Menguntumkan cerita bahagia duka
Sama ada dalam tangis mahupun suka
Ia tetap segar memainkan rasa

Sememangnya beza
Bagaikan hitam putih warna
Sekali pandang jarang jumpa
Melekat hinggap ke dada
Pelayaran menuju samudera
Memerlukan keyakinan cinta

Malam siang tidak akan sama
Menyusur permukaan penuh luka
Ada kisah ia menemukan bahagia
Ada cerita ia menemukan tiada

Hendak mencapai ke dasar lautan mutiara
Masih ada banyak jalannya
Antara ketemu kecewa mahupun ketawa
Tetap pulang sampai masa

Antara dalam sedar mahupun alpa
Tidak akan ada apa yang dibawa
Melainkan keyakinan cinta

0 ulasan:

Catat Ulasan