Isnin, 16 Julai 2012

Mendapatkan Cerita...

Biarpun sukar
Jari jemari mengukir
Tetap berusaha
Mendapatkan cerita

Embun semakin menitis
Rintik-rintik sukar dikira
Gelap gelita hilang cahaya
Dalam hitam masih berkata
Gelora semangat dalam tiada

Dikata tali diikat ketat
Tidak mungkin terputus
Akibat ombak deras
Sauh terpacak bahtera tegak
Sekali sekala berlenggok mengikut arus
Tipulah jika dilautan tidak terhoyong-hayang

Menyusur ditapak cinta
Berenang ke samudera
Mengali mengeluarkan permata
Menyelam mengapai mutiara
Dikata tetaplah tiada

Angkuhnya mendapatkan cerita
Bangga berbahasa tentang rahsia
Sedang rahsia tetaplah rahsia
Melaungkan berjuta kali tetap sama

Tali yang lalu terputus dua
Ada penuh beza
Tiada tetaplah aku bukan dia
Terdampar aku dipantai tanpa cerita
meratau jauh membelah lautan samudera
Kembalinya aku tiada apa-apa
Kosong tiada cerita

0 ulasan:

Catat Ulasan