Rabu, 11 Julai 2012

Asalkan Jumpa...

Biarpun jatuh dilautan
Ditelan ombak yang datang
Lemas tanpa bertepian
Terbongkar isi samudera

Tidak berjumpa daratan
Hari-hari dilambung ditolak
Kosong, sayu, rindu, cinta
Tetaplah padamu

Biarpun jari-jari terketar
Membilang
Titik-titik yang jatuh
Lesap tak dipertemukan
Digali hanya jumpa airmata
Ditakdirkan
Tetaplah tiada

Berselindung di tempat singgah
Tanah di ukir mengeluarkan kata
Mustahil bagiku, tidak bagi dia
Selama-lamanya ada kata-kata
Untuk mengenal ertinya ada
Untuk mengenal ertinya tiada

Aku terdampar
Keras berlindung
Memaut pada kalimah cinta
"Asalkan jumpa, tidak kisah ada mahupun tiada"

0 ulasan:

Catat Ulasan