Rabu, 18 Julai 2012

Bermadahlah pujangga...

Hitam dipenghujung cerita
Tebal gelap gelita
Memanjat tinggi gunung-ganang
Payah merangkak mengapai
Membawa parut luka
Kelihatan membuka mata
Jauh lagi penemuan cinta

Beberapa kesan luka
Memaut dibingkai jiwa
Menyentap dalam gembira
Mengalirkan airmata
Menitis melepaskan bersama
Lakaran bibit bahasa
Bermadahlah pujangga

"Bersembunyi di keterangan wajah
Menerjah di sini sana
Gigil mengeletar langkah
Terpadam selama-lamanya"

Begitu rindu membara
Namun tidak ada
Sukar melafaskan kata
Hanya kaku singgah
Membaluti dada
Biar sekalipun payah
Tetap dirimu dipuja

0 ulasan:

Catat Ulasan