Jumaat, 29 Jun 2012

Mengharap...

Bagai dihentak ke permukaan
Rasa sakit yang keterlaluan
Menjangkakan hanya permulaan
Sehingga bila penderitaan

Perasaan seperti derhaka
Memaksa bergerak masa
Pantas menghabiskan kecewa
Terperangkap tiada jalan keluarnya

Apakah yang ada dalam pemikiran
Tangan kosong tiada kepastian
Pasti semakin merumitkan
Kebas tidak dapat merasakan
Kedatangan belas kasihan

Langkah kaki dimulai lagi
Walaupun kesakitan tidak pergi
Dihujung-hujung hari ini
Tetap mengharapkan kemaafaan saat kembali
Mengharapkan tiada dikira kanan kiri

Biarpun kumat kamit keluhan
Ketentuan telah dilakonkan
Ampunkan segala yang dilakukan
Meminta, meminta, meminta dan diberikan
Tetap tidak pernah cukup zaman berzaman

Biarpun tercalar kasih sayang
Biarpun terpisah jauh berpanjangan
Tetap jua kau berikan harapan

0 ulasan:

Catat Ulasan