Rabu, 27 Jun 2012

Semalam...

Semalam yang berlalu itu
Banyak mengajar tentang liku
Bahawa masa tak berulang
Sentiasa terbuang, melayang

Hendak di dakap
Di peluk rapat, padat
Tetaplah terlepas
Bagaikan air-air menitik
Digenggam sekuat mana
Tetaplah tiada di tapak tangan

Hanya ingatan di baja,
di siram agar berbunga
Tidak akan di biarkan arus ombak
Menghentam bahtera bertubi-tubi
Biarpun selama ini
Diam dan bersembunyi
Dalam bahtera memerhati

0 ulasan:

Catat Ulasan