Jumaat, 29 Jun 2012

Cerita...

Lakonan senyum bersenda
Mengepam laju mengalir duka
Menyaksikan merasai, detik cerita

Ketakutan jelas nyata
Lebih terpedaya
Menyusur lembah minda
Menarik-narik agar sekata
Melalui jalan seksa, tetaplah setia
Berikrar berjuang dalam tiada
Kehendaknya bersahaja

Apakah pernah merasa
Menjerit merangkak memanjat cahaya
Apakah pernah merasa
Dikhianati ditipu saban masa
Jika merasai, pasti mengerti ertinya gila
Terlontar dilembah gelita
Sunyi tanpa kata madah pujangga
Tidak dapat menangkis segala

Hanya duduk termanggu
Tidak tahu di mana tuju
Yang pasti jangan bebaskan perasaan rindu
Biar terkurung dipaku

Tidak diluah, tidak ditelan
Perasaan di tengah kerinduan
Yang ada hanyalah ketiadaan
Tiada kata-kata dapat dikatakan
Jika berkata, maka hanyalah diada-adakan

0 ulasan:

Catat Ulasan