Khamis, 26 April 2012

Selama-Lamanya Dan Sentiasa...

Jarak masa semakin sempit Menjadi rumit dan perit Meningkatkan rasa takut Membuat lebih kukuh serabut Memandu pada keadaan gila, kelam kabut Sekiranya semua datang menyerbu Jatuh tepat di situ Akan ku kutip kepingan itu satu persatu Dan pasti, aku peluk menjadi rindu Aku mahu tinggal di sini selama Kerana kau sentiasa ada Menemani malam kelam gelita Menemani siang terang cahaya Tiada tempat untuk kau tiada Tiada masa dapat memisahkan segala Selama-lamanya dan sentiasa Kau ada hanya aku tidak jumpa Kedudukan di depan mata Menampakkan gelita hitam warna Kiranya aku tersandung dan jatuh semakin ke bawah dalamnya Itu menyakitkan untuk menjadikan ingatan senyum gembira Kerana aku kosong dari mula hingga akhirnya Tiada selama-lamanya dan sentiasa

0 ulasan:

Catat Ulasan