Khamis, 26 April 2012

Rumit...

Rintik hujan mula berlagu Memaksa akal bergerak laju Dan masih buntu Cukup rumit untuk menunggu Dalam kebasahan... melunturkan debu Jari-jari penuh menggenggam kenangan Namun masih meneka akan kesudahan Sangat rumit untuk diluahkan Mudah melihat, tapi bukan mudah melihatkan Meneka apakah gambaran Pantulan di balik cermin Terang kelam, berputar kepuraan Tiada apa untuk dikatakan Hanya pahit manis sebuah kenangan Cinta rindu musnah di penghujung jalan Tertutup selama-lamanya tidak dibukakan Hanya kepastian kosong ketiadaan Kemarau semalam singgah memberitahu Akan hari hujan yang berderu Menghanyutkan sejuta satu rasa Petanda setuju, menggangguk... tanda tahu Dalam kebasahan tidak mungkin ia kebakaran Mustahil baginya hilang dan ketiadaan Cukup rumit untuk menunggu satu kerinduan Bagai memainkan satu permainan Aku pergi dan kau muncul penuh kecintaan

0 ulasan:

Catat Ulasan