Ahad, 1 April 2012

Janji...

Aku saling berjanji
Akan menyintaimu sehingga mati
Tidak akan memandang lain lagi
Namun hanya sepintas nafas yang pergi

Aku taburkan janji
Akan setia tidak menoleh kanan kiri
Biarpun cantik bak bidadari
namun tidak pernah aku turuti

Akan aku berjanji lagi
Dan akan aku mungkiri
Kerana esok aku tidak pasti
Sama ada aku bisa berdiri
Dan memandang lagi

Kerana aku tidak tahu akan terjadi
Hujan tiba-tiba pergi
Begitu juga panas tiba-tiba menghadiri
Dan yang pasti
Akan aku cuba berjanji
Biarpun tidak pernah aku turuti

0 ulasan:

Catat Ulasan