Rabu, 28 Mac 2012

ditebing laut...

ditebing laut
aku melihat indah bulan
merenung, mengenang
akan kisah cerita awal mula

pernah ombak itu menjamah dada
perit aku rasakan
hampir kaki melangkah kebelakang
tidak mahu terus kehadapan
mujur kelopak bunga itu
indah bercahaya

ada rahsia ada kata cinta
melapangkan segala resah jiwa
serangan bertubi dipatahkan
dengan sebaris kalimah rindu
dari awal mula kisah pengakhiran ada
tertera diawal diakhir tiada

aku tidak mungkin dapat lari
diseksa tersiksa itulah makanan
agar mampu bertahan
sehingga memperolehi
kebahagiaan

ditebing laut ini
jika sekalipun jatuh
aku akan berada didalam air
air yang penuh dengan airmata

0 ulasan:

Catat Ulasan