Khamis, 5 April 2012

Menyingkap Kembali Perjalanan...

menyingkap kembali
perjalanan ditempuhi
mengalir setitik-setitik
peluh dan airmata

menyentuh cahaya
tidak mungkinkan terjadi
tidak mungkin dapat digenggam
hanya mampu dirasa
dipandang-pandang semakin buta

saban hari membilang
mengira rintik-rintik hujan
terlepas satu demi satu
dikejar semakin alpa
lupa semalam telah berlalu akhirnya

aku cuba bukakan mata
memandang pada bingkai-bingkai musnah
semakin dipandang semakin menerjah
pasrah, aku semakin lemah
luka semakin berdarah parah
semakin aku hilang arah
semoga tujuku, jalanku menuju Allah

0 ulasan:

Catat Ulasan