Khamis, 22 Mac 2012

Sukar...

Terdesak menukar corak kata
Bukan mudah untuk mengeluarkan suara
Menjadikan perkataan sebagai senjata
Meneka adakah gambaran di sana

Hendak menjerit pada siapa
Hendak meluahkan untuk apa
Mahu pergi melihat seribu warna
Satu gambar sudah cukup seksa

Terlalu sukar, sangat kecewa
Jari membilang tidak terkira

Bagai mengasingkan halus debu kaca
Mengoyakkan kulit menampakkan isi dalamnya
Meninggalkan kenangan seribu satu cerita
Dalamnya penuh manis pahit duka suka

Menjadikan diam, sukar mengutuskan bahasa
Hendak lari, melarikan terus dari penjaga
Namun, mana arah menjadikan tiada
Sana sini tampak sama, tiada beza

Terlalu sukar, tidak terkira
Jadi, disiat setiap gambar dicelahan mata
Biar hitam gelap warna terus buta
Dari terus celik, namun tidak nampak apa
Tiada apa untuk dikata
Tiada apa untuk dikata

Sana sini gelap hitam warna
kerana aku buta, sukar mencelikkan mata

0 ulasan:

Catat Ulasan