Selasa, 20 Mac 2012

Mungkin?

Langit kelam, berbintang berbulan
Terang menyuluh dalam kesunyian
Tiada berteman
Aku dihempit bayangan

Menyusur mencari haluan
Dicelah-celah belukar penuh kehitaman
Dilorong kegelapan meraba-raba tangan
Jumpa hanya kesedihan
Jumpa hanya kekecewaan
Semakin jauh dengan kebahagian

Mungkin? ini permulaan untuk memahami
Mungkin? ini pengakhiran untuk mengerti
Hanya Dia mengetahui
Segala bahasa-bahasa sunyi
Dalam diam terlahir sendiri

Aku cuba menyelam lautan
Aku cuba menyelongkar hutan
Aku rasa penuh kehilangan
Kerana aku dalam ketiadaan
Cinta rindu merasuk hidup dalam kegilaan

Mungkinkah akan berakhr dengan satu noktah kematian?
Mungkin? adakah aku tiada kepastian?
Atau aku diperbodohkan?

Mungkin? ini permulaan untuk memahami
Mungkin? ini pengakhiran untuk mengerti
Hanya Dia mengetahui
Segala bahasa-bahasa sunyi
Dalam diam terlahir sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan