Khamis, 22 Mac 2012

Menunggu...

Aku sentiasa menunggu
Mengucapkan selamat keatasmu
Berterusan dan berterusanlah engkau
mendengar lafas-lafas rindu
Hilangkan sengsara dibenak jiwamu
Jangan biarkan musim kemarau
Menjadi celaru, haru

Katakan, kau turut merindu
Peluklah aku dalam lena tidurmu
Akan aku jaga sehingga kau
membuka mata menghala kepadaku
Hilangkan, musnahkan segala yang terbuku
Tidak akan berlaku cerita dahulu

Aku disini, bukan disitu
Datanglah dekat menjadi satu
Aku berada di dalam kamu
Usah hancurkan cinta sudah menyatu
Hanya menambahkan lagi pilu

Aku sentiasa menunggu
Untuk mengulangi masa yang berlepas satu persatu
Akhirkan dengan senyum senda gurau
Tidak akan berlaku cerita dahulu
Kerana aku sedar kau menyintaiku

0 ulasan:

Catat Ulasan