Khamis, 22 Mac 2012

Apa Tujuan?

Di sini ada masa
Bersiap untuk bersedia
Berangkat ke daerah lama
Menyerbu dilembah gelita
Namun kebanyakkannya
Mengabaikan peluang terhidang di depan mata

Mimpi bertukar kepada airmata
Berlari cuba mengapai bahagia
Mencari tempat berteduh selama
Bersembunyi tidak pulang-pulang jua
Namun hakikatnya dibalik mata ada
Apa daya buta

Sebelum benci bersarang didada
Penipuan-penipuan bermaharaja rela
Pecah bercerai tidak mengaku saudara
Jeritkan di depan bayang di balik cermin kaca
Apa tujuan kehidupan bernama manusia?

Jantung keras percaya
Bahawasanya Dia Esa
Tiada dua tiada tiga
Jika yakin, pastilah akan menjadi hamba
Menyerahkan diri selama-lamanya
Namun menyerahkah engkau?
Jika masih menyalahkan segala
Sedang Dia tidak pernah jadikan sia-sia
Setiap kejadian itu ada cerita

Sebelum pecikan melanda
Jeritkan di depan bayang di balik cermin kaca
Apa tujuan kehidupan bernama manusia?
Adakah engkau hamba?
Sedang termaktub manusia dijadikan untuk menjadi kalifahNya
Jeritkan di depan bayang di balik cermin kaca
Apa tujuan kehidupan bernama manusia?

Akulah hamba tidak punya apa-apa
Kerana aku perlukan kalifahNya
Untuk terus menghidup cita-cita

0 ulasan:

Catat Ulasan