Jumaat, 23 Mac 2012

Perjuangan...

Darah baru menyembur keluar
Cepat ia meresap, menekan ke dalam akar
Melalui kesan penuh calar balar
Dalam setiap pelajaran dibelajar
Diyakinkan sampai, penuh ikrar

Berjuanglah berterusan
Bagai hari ini adalah pengakhiran
Tamatkan segala kesakitan
Tidak mungkin
Tidak dinampakan
Setiap kebahagian berada dihadapan
Airmata itu mengeluarkan harapan

Berkilau cahaya samar-samar datang
Memanggil inilah jalan pulang
Letih penat berat menuju dipersimpang
Berlukar mencanak tiba-tiba hilang
Diganti luas jalan terang
Pejam mata tidur aman tenang
Tiada lagi penghalang

Bebas menikmati saat-saat terhenti nadi
Apabila melihat di sana sini berbakti
Bak lilin membakar diri
Tidak endah biarpun mati
Tidak endah biarpun dibakar mentari
Kerana keyakinan teguh berpegang janji
Setiap laku itu akan diadili
Adil seadil-adilnya pasti

0 ulasan:

Catat Ulasan