Jumaat, 13 Januari 2012

Tidak Salah Meluah Bicara...

Tidak salah bicara
Meluahkan rasa
Terpendam cinta
Rindu semakin terbina

Berombak gelora
Di redah bersahaja
Apa sahaja ada
Di biarkan berlalu tanpa rupa
Sayangnya kasihnya
Itulah, dibiarkan rancak mencengkam jiwa

Tidak perlu menunjuk, menunjuk,
Itu, itu, itu, dia
Cukuplah sekadar senyum mesra
Memutikkan cinta suram di dada
Tiada dilihat di peluk rasa

Terlihatkah kasih sayang?
Buka tutup mata tiada bayang
Di hati-hati di tolak melayang
Berpatah songsang merangkak datang
Fikirlah, fikirlah sayang
Apa di bawa pulang
Hutan belantara ribut melanda ombak gelora
Di rasa itulah kasih sayang
Tiada semua tidak usah datang

Ingin bahagia, ingin bahagia
Itulah aku adanya manusia
Datang sedikit merana bahagia
Sudah menangkap mentera di peluk menjadi sasa
Sedang itu semua hanya permainan senda bersahaja

Tidak salah bicara
Mengukir segala kata agar di baca
Mengeluarkan rindu kasih sayang cinta
Dan akhirnya setia
Terbina diruang-ruang tiada
Tertimbus semakin suka
Menutup mata selama
Itulah saat indah bermesra
Maka katakan mana datangnya bahagia?

0 ulasan:

Catat Ulasan