Khamis, 12 Januari 2012

Sukar Memutuskan Kata...

pintu hatiku di ketuk lagi
dengan kehadiran dia
ingin aku terima
namun tiada daya

setiap manusia
pasti inginkan bahagia
aku juga sama
tidak pernah berdoa
moga datang bencana

sukar diputuskan kata
di telan di luah resah
gelisah bernanah di jiwa
luka-luka berdarah
semakin aku berserah

nota-nota ukiran pena
lakaran-lakaran tulisan dia
menjadikan aku semakin terhimpit
antara ada tiada

jika ada jodoh tidak ke mana
jika tiada...
hendak dikatakan apa
lukisan itu sudah cukup bikin bahagia

0 ulasan:

Catat Ulasan