Sabtu, 14 Januari 2012

Belayar Mencari Penawar 44... (Di lautan Kuburnya Aku...)

Sudah lama terhenti bahtera
Kaku diam memerhati gelora
Entah mengapa entah kenapa,
Langkah sudah tiada
Bukanlah takut akan ribut melanda

Langit hitam bulan bercahaya
Terang menyinari menampakan rupa
Ingin sahaja terus ke sana
Menghimpit di celah-celah ombak menerpa
Apakan daya di sini ada kabar cerita
Penawar di cari tersembunyi di belakang mata

Maafkan aku bahtera
Membiarkan engkau duduk menyepi seketika
Dulu sama-sama meredah bahaya
Sesat dilapangan luas tanpa halangannya
Gila meneroka pusaran tiba-tiba ada
Kepenatan, kepayahan, kesengsaraan,
menjadikan pengalaman, pengajaran

Maafkan aku bahtera
Membiarkan engkau duduk menyepi seketika
Di buai-buai ombak yang datang menyingah mengena
Dan aku tetap begini
Tetap membiarkan engkau sepi
Tanpa teman di sisi

Dan dikala ini
Aku datang melepaskan ikatan tali
Kau aku akan terus meredah binasa menanti
Kerana aku rela mati diatas perlayaran ini

0 ulasan:

Catat Ulasan